18 Julai 2025
Junta tentera Myanmar telah mula meluluskan penubuhan parti-parti politik menjelang pilihan raya yang dijangka diadakan di negara itu.
Menurut penyiar rasmi negara MRTV, sebanyak 27 permohonan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan untuk menubuhkan parti politik.
Kementerian Penerangan memaklumkan junta telah meluluskan penubuhan Parti Keamanan dan Pembangunan serta Parti Generasi Baharu Wamsanu.
Bagaimanapun, permohonan daripada Parti Kuasa Rakyat untuk Demokrasi, Parti Kebangsaan Li Shaw dan tiga parti lain telah ditolak.
Setakat ini, sebanyak 21 parti politik telah diluluskan.
Ketua junta Min Aung Hlaing sebelum ini berjanji pilihan raya akan diadakan pada Disember tahun ini dan Januari tahun hadapan.