logo
Fokus Hari Ini (Rabu, 30 April)
03:45
Dunia
Fokus Hari Ini (Rabu, 30 April)
Negara-negara di mahkamah dunia menuntut Israel hentikan taktik menyebabkan rakyat Palestin kelaparan dan pulihkan akses PBB ke Gaza. BRICS bantah langkah perdagangan dan tarif Trump.

Kemarahan global di ICJ ketika Israel dituduh menyebakan kebuluran sengaja

Di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Afrika Selatan menuduh Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata di Gaza, serta menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Algeria, Arab Saudi, Belgium, Colombia, Bolivia, Brazil, Chile, dan Sepanyol menyuarakan kebimbangan terhadap sikap Israel yang mengabaikan tanggungjawab kemanusiaan dan keputusan PBB.

Beberapa wakil negara memberi amaran tentang sistem bantuan yang gagal dan kebuluran yang semakin teruk, serta menggesa dunia memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang kini menderita disebabkan malapetaka kemanusiaan yang mengerikan.

Setakat ini, Israel telah membunuh lebih 52,300 rakyat Palestin sejak Oktober 2023 dan mencederakan ratusan ribu orang.

Ketua PBB gesa penyelesaian dua negara

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres mendesak dunia untuk "mengambil tindakan segera bagi melaksanakan penyelesaian dua negara" antara Israel dan Palestin menjelang persidangan antarabangsa pada Jun.

"Saya menggalakkan Negara Anggota untuk berfikir secara kreatif tentang langkah tepat yang akan mereka ambil untuk menyokong penyelesaian dua negara yang berdaya maju sebelum terlambat," kata Guterres pada mesyuarat Majlis Keselamatan pada Selasa.

Perancis dan Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bersama persidangan itu di PBB pada bulan Jun.

15 maut dalam serangan militan yang dikaitkan dengan Daesh di Nigeria

Gelombang keganasan menyelubungi perkampungan Kwaple di Negeri Borno di Nigeria apabila militan yang dikaitkan dengan Daesh menyerbu masuk dengan menaiki motosikal, dan melepaskan tembakan ke atas orang ramai yang sedang berkabung, sekali gus membunuh sekurang-kurangnya 15 orang.

"Militan ISWAP melepaskan tembakan ke arah orang yang berkabung dan mengejar mereka dengan motosikal ke dalam belukar ketika mereka cuba melarikan diri," kata Ayuba Alamson, seorang ketua masyarakat di Chibok.

Pemimpin tempatan kini berada dalam ketakutan, dan memberi amaran bahawa jumlah kematian sebenar mungkin jauh lebih tinggi, manakala ramai yang masih hilang.

Cukup 100 hari, Trump janji pelaburan untuk pertahanan

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyambut 100 hari pertamanya memegang jawatan dengan menghadiri majilis di Michigan.

Bercakap kepada penyokongnya di Macomb, Trump memuji pertumbuhan ekonomi negara itu, dan mengisytiharkan bahawa "banyak perniagaan akan kembali ke Michigan."
Menyentuk tentang pelaburan pertahanan sebanyak $1 trilion, Trump memuji Gabenor Michigan Gretchen Whitmer kerana berjaya mendapatkan Pangkalan Pengawal Kebangsaan Udara Selfridge.

Walaupun rating kelulusannya menurun kepada 42%, menurut tinjauan pendapat Reuters-Ipsos, Trump terus mempromosikan kejayaan pentadbirannya, serta mendakwa ini adalah permulaan terbaik dalam sejarah presiden negara itu.

BRICS bersatu menentang dasar tarif Trump

Menteri luar BRICS, termasuk dari China dan Rusia, mengkritik "perlindungan perdagangan" yang semakin meningkat semasa rundingan di Rio de Janeiro, iaitu tindak balas terhadap tarif Presiden Donald Trump.

Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira, menekankan kumpulan itu menolak dasar sedemikian, namun tidak menyebut nama Trump.

Disebalik kenaikan tarif, China telah mengenakan 125% duti ke atas barangan Amerika, manakala Amerika mengenakan 10% tarif ke atas banyak negara.

Menteri-menteri yang hadir bersetuju dengan pendirian bersama menentang konflik perdagangan menjelang sidang kemuncak pemimpin.

Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us