Hamas tuduh Israel rancang 'kelaparan', Tel Aviv bunuh pekerja bantuan kemanusiaan
Kumpulan pejuang Palestin Hamas menuduh Israel merancang kebuluran di Gaza dengan sengaja.
Pada masa sama, serangan udara Israel ke atas bandar Deir al-Balah di tengah Gaza membunuh enam pekerja bantuan kemanusiaan.
Menurut laporan, enam mangsa itu ditugaskan untuk mengagihkan bekalan kemanusiaan dan terbunuh dalam serangan udara Israel pada waktu malam.
Kumpulan keselamatan makanan berkata lebih 93 peratus kanak-kanak di Gaza, kira-kira 930,000 orang, berisiko mengalami kebuluran.
Ketua WHO sebak, mohon Israel tunjuk 'belas kasihan'
Dalam keadaan sebak, ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggesa Israel untuk menunjukkan rasa "belas kasihan" dan menegaskan bahawa keamanan adalah penting untuk Israel.
Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata perang pembunuhan beramai-ramai itu telah mencalar imej Israel, sambil menekankan bahawa peperangan tidak akan membawa penyelesaian yang berkekalan.
Pentadbiran Trump halang Harvard daftar pelajar antarabangsa
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kristi Noem berkata pentadbiran Trump telah menghalang Universiti Harvard daripada mendaftarkan pelajar antarabangsa.
Noem berkata pentadbiran Trump menuduh Harvard bertanggungjawab "memupuk keganasan, antisemitisme, dan bekerjasama dengan Parti Komunis China di kampusnya."
Kekejaman Netanyahu muncul di AS, pekerja kedutaan Israel maut
Polis mengenal pasti Elias Rodriguez, 30, sebagai suspek dari Chicago yang menembak mati dua kakitangan kedutaan Israel pada Rabu di luar sebuah muzium Yahudi di Washington DC.
Insiden itu berlaku berikutan kebimbangan global susulan tindakan Israel yang menyebabkan ratusan ribu penduduk Gaza kelaparan disebabkan sekatan bantuan kemanusiaan. Setakat ini, Israel telah membunuh lebih 53,000 rakyat Palestin.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini berdepan dengan kritikan daripada negara-negara Kesatuan Eropah kerana masih meneruskan perang ke atas Gaza.
Bank terkemuka AS bekerjasama meneroka stablecoin
Beberapa bank besar di Amerika Syarikat kini sedang meneroka kemungkinan membentuk konsortium untuk mengeluarkan stablecoin bersama, dalam langkah yang bertujuan mengatasi persaingan sektor mata wang kripto yang semakin meningkat.
Bank terkemuka Amerika dilaporkan bekerjasam untuk meneroka stablecoin bagi menyaingi pencabar kripto.