DUNIA
1 min membaca
Nahas helikopter ragut enam nyawa di utara India
Insiden berlaku berhampiran kawasan mata air panas Ganganani, menurut laporan.
Nahas helikopter ragut enam nyawa di utara India
Pihak berkuasa memaklumkan kerja menyelamat sedang dijalankan. / Foto: X/@ndtv / Lain-lain / Others
8 Mei 2025

Sekurang-kurangnya enam penumpang maut selepas sebuah helikopter terhempas di Uttarakhand, India, lapor media kerajaan.

Saluran berita Doordarshan News melaporkan seorang lagi mangsa cedera “parah” selepas helikopter itu terhempas berhampiran kawasan mata air panas Ganganani di daerah Uttarkashi.

“Pihak kerajaan dan pasukan penyelamat kini berada di lokasi nahas helikopter,” menurut laporan itu.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami, mengarahkan pihak berkuasa untuk menyediakan segala bentuk bantuan kepada mangsa yang cedera serta menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

“Saya sentiasa berhubung dengan para pegawai berkaitan hal ini dan setiap perkembangan sedang dipantau,” katanya menerusi hantaran di X.

SUMBER: AA

Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us