negara-negara Amerika Latin termasuk Brazil, Argentina, Chile, Peru dan Uruguay memasuki negara itu tanpa visa.
Pemegang pasport biasa dari lima negara ini boleh masuk ke China tanpa visa sehingga 30 hari untuk urusan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga, pertukaran budaya dan transit, menurut laporan agensi berita Xinhua milik kerajaan.
Dasar ini akan berkuatkuasa sehingga 31 Mei 2026. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha China untuk meluaskan akses tanpa visa selaras dengan komitmennya terhadap pembukaan tahap tinggi.
Perkembangan ini bermakna China kini menawarkan kemasukan tanpa visa secara unilateral kepada 43 negara, menurut laporan media.
Hubungan ekonomi antara China dan Amerika Latin juga berkembang pesat, dengan perdagangan dua hala meningkat dua kali ganda dalam dekad lalu dan mencecah lebih 500 bilion dolar AS pada 2024.
Pada akhir Mei lalu, China mengumumkan bahawa warganegara empat negara Teluk - Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrain - juga akan menikmati kemasukan tanpa visa sehingga 30 hari bermula 9 Jun 2025 hingga 8 Jun 2026.
Selain itu, China telah melanjutkan tempoh transit tanpa visa kepada 240 jam untuk pelancong dari 54 negara.