ASIA
2 min membaca
15 pelajar UPSI maut dalam nahas bas
Bas tersebut membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak sebelum bertembung dengan sebuah minivan.
15 pelajar UPSI maut dalam nahas bas
Seramai 15 pelajar UPSI disahkan maut dan tujuh parah apabila bas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan. / AFP
sehari yang lepas

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh apabila sebuah bas yang membawa pelajar universiti merempuh sebuah minivan di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak awal pagi tadi, menurut pihak berkuasa tempatan.

Tiga belas mangsa maut di tempat kejadian yang berhampiran sempadan Thailand, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

Menurut laporan, seramai 48 orang terlibat dalam kemalangan itu di mana tujuh orang dilaporkan cedera parah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon dalam satu kenyataan berkata bas dan kereta jenis Perodua Alza itu berada dalam laluan yang sama iaitu dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan ke Gerik.

"Bas itu terbalik dan minivan tersebut tergelincir ke dalam longkang. Terdapat mangsa yang berjaya keluar dengan sendiri, ada mangsa yang tercampak keluar dan ada mangsa yang masih berada di dalam bas,” menurut kenyataan itu.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada Hospital Gerik pada jam 1.10 pagi Isnin (1700 GMT Ahad).

Pasukan bomba berkata peralatan khas pemotong hidraulik terpaksa digunakan bagi mengeluarkan sebahagian mangsa dari dalam bas.

Malaysia mencatat kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Laporan akhbar The Star pada Mac lalu menyatakan satu nyawa terkorban setiap dua jam di jalan raya seluruh negara.

SUMBER: AFP

Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us