Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah memutuskan untuk menghentikan hubungan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, menurut laporan Radio Tentera Israel.
Yanir Cozin, wartawan Radio Tentera Israel, berkata dalam satu hantaran di akaun X miliknya bahawa Trump membuat keputusan itu selepas rakan-rakan rapatnya memaklumkan kepada Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Ron Dermer, bahawa presiden itu percaya Netanyahu sedang memanipulasinya.
Seorang pegawai Israel menambah bahawa nada Dermer dalam perbincangan terbaharu dengan tokoh kanan Republikan mengenai tindakan yang harus diambil oleh Trump dianggap sebagai angkuh dan tidak membantu.
Pegawai itu berkata orang sekeliling Trump memberitahunya bahawa “Netanyahu sedang memanipulasinya.”
“Tiada apa yang Trump lebih benci daripada digambarkan sebagai orang bodoh atau sedang dipermainkan. Sebab itulah beliau memutuskan hubungan dengan Netanyahu,” tambah pegawai itu.
Cozin turut menyatakan kegagalan kerajaan Israel membentangkan pelan dan garis masa yang tepat berkaitan Iran dan pemberontak Houthi di Yaman sebagai salah satu punca kemerosotan hubungan AS-Israel.
Wartawan Radio Tentera itu juga menekankan bahawa kerajaan Netanyahu gagal mengemukakan cadangan yang jelas mengenai Gaza.
SUMBER: AA