TÜRKİYE
2 min membaca
Menentang genosid di Gaza bukan anti-Semitisme: Naib Presiden Türkiye
"Menentang pendudukan, genosid dan dasar pembersihan etnik kerajaan Netanyahu bukanlah anti-Semitisme," tegas Naib Presiden Türkiye Cevdet Yılmaz.
Menentang genosid di Gaza bukan anti-Semitisme: Naib Presiden Türkiye
"Menentang pendudukan, genosid dan dasar pembersihan etnik kerajaan Netanyahu bukanlah anti-Semitisme," tegas Naib Presiden Türkiye Cevdet Yılmaz. / Others
7 April 2025

Naib Presiden Türkiye Cevdet Yılmaz menghentam kenyataan terkini Menteri Luar Israel Gideon Sa'ar dalam satu catatan di Twitter. 

Ucapannya itu merupakan respons terhadap hantaran Sa'ar berkenaan Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan.  

"Rasa tidak senang dan kurang ajar terhadap Presiden kami berpunca daripada ketakutan mereka terhadap kebenaran yang disebut secara jelas," tulis Yılmaz di X pada hari Isnin.  

Beliau menegaskan bahawa tamadun Türkiye tidak pernah bersifat anti-Semitik, sambil menyarankan mereka yang mahu mencari sikap anti-Semitik agar "melihat sejarah Eropah."  

"Menolak dasar pendudukan, genosid dan pembersihan etnik kerajaan Netanyahu bukanlah anti-Semitisme," tegas Yılmaz.

"Sebaliknya, punca sebenar kebangkitan anti-Semitisme di seluruh dunia adalah keganasan tidak berperikemanusiaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Israel."  

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menyebut komitmen Türkiye terhadap penyelesaian dua negara berasaskan keadilan dan nilai kemanusiaan.  

Pengarah Komunikasi Türkiye turut mengkritik kenyataan Menteri Luar Israel baru-baru ini dengan menyatakan: "Mereka langsung tidak malu setelah melakukan keganasan dan genosid yang tidak terkata terhadap ramai rakyat awam yang tidak bersalah."  

Fahrettin Altun menyarankan Sa'ar agar "lebih baik menyimpan 'hasbara' yang keji itu untuk dirinya sendiri," sambil menambah bahawa Ankara tidak merasa takut dan tidak akan "gentar berdepan dengan pembohong seperti dia."  

Kementerian Luar Türkiye pada hari Ahad turut mengutuk mesej media sosial menteri luar Israel itu dengan menyifatkannya sebagai "tuduhan tidak berasas dan biadab."

SUMBER:TRT World
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us