7 Mei 2025
Pakistan siar imej mangsa serangan India dan menyatakan sekurang-kurangnya 8 terbunuh manakala 35 lagi cedera.
“Secara keseluruhan, di enam lokasi berbeza, terdapat 24 serangan dilancarkan ke atas Pakistan. Daripada 24 serangan itu, lapan rakyat Pakistan terkorban, 35 cedera dan dua orang masih hilang,” kata jurucakap tentera Pakistan, Ahmed Sharif Chaudhry, sambil menambah bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun turut terbunuh di sebuah masjid di wilayah Punjab.