Dunia
2 min membaca
Rubio gesa perang Ukraine-Rusia ditamatkan
Membantu Ukraine “sebanyak mana mereka perlu untuk selama mana ia mahu” bukanlah satu strategi, kata Setiausaha Negara AS, sambil menambah bahawa tiada siapa pun yang mempunyai pelan konkrit untuk menyelesaikan perang ini.
Rubio gesa perang Ukraine-Rusia ditamatkan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio sekali lagi menggesa agar konflik di Ukraine dihentikan. Photo: AP
11 jam yang lepas

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio pada Rabu sekali lagi menggesa agar konflik di Ukraine dihentikan, sabil menyatakan bahawa ia adalah perang proksi antara AS dan Rusia.

Dalam temu bual dengan Sean Hannity di Fox News Channel, Rubio berkata Presiden Donald Trump melihat perang ini sebagai “konflik berlarutan yang membuntukan”.

“Secara jujur, ini adalah perang proksi antara kuasa nuklear: Amerika Syarikat yang membantu Ukraine, dan Rusia, dan ia perlu dihentikan,” katanya.

Rubio berhujah bahawa membantu Ukraine “sebanyak mana mereka perlu untuk selama mana ia mahu” bukanlah satu strategi dan tiada siapa pun yang mempunyai pelan konkrit untuk menyelesaikan perang ini.

Kenyataannya dibuat sehari selepas Trump berkata beliau menerima surat daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy semasa ucapan sulungnya di Kongres.

Menurut Trump, surat itu menyatakan kesediaan Kiev untuk duduk di meja rundingan demi mencapai “keamanan berkekalan” serta merangka perjanjian berkaitan mineral penting selepas ketegangan di Rumah Putih minggu lalu.

Satu pertengkaran hangat berlaku antara Zelenskyy, Trump dan Naib Presiden JD Vance di Pejabat Oval pada 28 Februari. Zelenskyy menyuarakan keraguannya bahawa diplomasi boleh membawa kepada keamanan, namun Trump dan Vance mengkritik pemimpin Ukraine itu kerana tidak menunjukkan rasa syukur terhadap sokongan AS.

Dalam pada itu, Trump memotong dana ketenteraan dan perkongsian risikan dengan Ukraine untuk sementara.

Terdahulu, AS menghentikan kerjasama risikan dengan Ukraine, yang disahkan oleh Pengarah CIA, John Ratcliffe.

“Trump mempunyai persoalan sebenar tentang sama ada Presiden Zelenskyy benar-benar komited terhadap proses perdamaian, dan beliau berkata, ’Mari kita hentikan sementara’,” kata Ratcliffe kepada Fox Business Network.

Ratcliffe menyatakan harapan bahawa penarikan bantuan sementara ini akan ditamatkan tidak lama lagi.

Rubio turut mengulangi kata-kata Naib Presiden Vance yang menegaskan diplomasi diperlukan untuk menyelesaikan perkara ini, tetapi Presiden Zelenskyy membuat keputusan untuk mencabar naib presiden itu dan mempersoalkan jika diplomasi mampu dicapai, sekali gus mensabotaj dan melemahkan rancangannya.

“Itulah yang menyebabkan ketegangan berlaku. Saya gembira melihat adanya pertimbangan semula terhadap pendirian itu, kerana saya benar-benar percaya ini adalah konflik yang perlu ditamatkan, dan ia akan memerlukan konsesi daripada kedua-dua belah pihak, tetapi kita harus membawa mereka ke meja rundingan.

“Ukraine perlu hadir. Sudah tentu, itu adalah negara mereka. Rusia juga perlu berada di meja rundingan dan hanya Presiden Trump yang boleh menjadikan perkara itu satu realiti. Itulah yang kekal sebagai matlamat, dan itulah yang kita fokuskan sekarang,” tambahnya.


SUMBER: AA

Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us