DUNIA
2 min membaca
Fokus Hari Ini (Rabu, 9 April)
Gaza adalah 'medan pembunuhan', kata Ketua PBB yang mengutuk sekatan bantuan oleh Israel. Pentadbiran Trump beku pembiayaan untuk Universiti Cornell dan Northwestern.
Fokus Hari Ini (Rabu, 9 April) / User Upload
9 April 2025

Ketua PBB kutuk sekatan Israel, sifatkan Gaza sebagai 'medan pembunuhan'

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengutuk tindakan kejam Israel di Gaza, menyifatkannya sebagai “medan pembunuhan” dan mahu Tel Aviv bertanggungjawab atas sekatan bantuan kemanusiaan, selain mengabaikan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa.

Bercakap kepada wartawan, Guterres berkata tiada bantuan disalurkan ke Gaza selama lebih sebulan, sama ada makanan, bahan api, ubat atau bekalan.

Beliau turut memetik Konvensyen Geneva, dan menekankan tugas Israel sebagai kuasa penjajah untuk menyediakan keperluan bagi penduduk awam, yang menurutnya tidak dipenuhi oleh Israel.

Gaza menjadi Hiroshima: Askar Israel kongsi cerita jenayah kejam mereka

Askar Israel telah memberikan keterangan terperinci yang mendedahkan kemusnahan dan pembunuhan yang berleluasa di Gaza sebagai sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan zon neutral, menurut laporan terbaharu kumpulan Israel 'Breaking the Silence'.

Laporan itu mendedahkan kisah yang dicerita sendiri oleh askar Israel yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu, dan menggambarkan kemusnahan yang dilakukan di Gaza.

Menurut kumpulan itu, kemusnahan yang dilakukan Israel bertujuan untuk membuka laluan agar Israel dapat menkakluki wilayah bergolak itu.

Tarif AS menghukum China cecah 104 peratus: Rumah Putih

Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 104 peratus ke atas barangan China mulai Rabu, menurut Rumah Putih.

Jurucakap Karoline Leavitt mengesahkan keputusan itu, dan menyatakan tarif itu akan berkuat kuasa pada tengah malam.

Leavitt berkata Presiden Trump percaya China "harus membuat perjanjian" dan mengkritik tindakan balas Beijing, menyifatkannya sebagai satu kesilapan.

Katanya, Trump akan melayan China dengan "sangat baik" jika negara itu bekerjasama, sambil menambah beliau akan bertindak demi kepentingan rakyat Amerika.

Lebih 100 terbunuh dalam serangan RSF berhampiran Khartoum: Perubatan Sudan

Lebih 100 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan oleh Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di Omdurman, bandar kembar ibu negara Sudan, di Khartoum, menurut pakar perubatan Sudan.

Jaringan Doktor Sudan melaporkan kematian berlaku sejak seminggu lalu di wilayah Jama'iya, di selatan Omdurman, ketika keganasan terus meningkat di negara yang dilanda konflik itu.

Pentadbiran Trump beku dana untuk Cornell, Northwestern

Pentadbiran Donald Trump telah membekukan lebih $1 bilion dolar dana pembiayaan untuk Cornell University dan $790 juta untuk Northwestern University susulan siasatan dakwaan pencabulan hak sivil, menurut seorang pegawai AS.

Pembiayaan yang dihentikan termasuk geran dan kontrak daripada jabatan persekutuan seperti kesihatan, pendidikan, pertanian dan pertahanan.

Tindakan itu diambil susulan ancaman pentadbiran Trump untuk mengurangkan dana berhubung protes pro-Palestin di kampus.

Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us