DUNIA
3 min membaca
Susunan semula global bakal berlaku setelah pengubahan dalaman di PBB
Memo pembaharuan PBB yang dibocorkan merangka rancangan untuk menggabungkan WFP, WHO, UNICEF, dan UNHCR menjadi satu badan kemanusiaan gergasi.
Susunan semula global bakal berlaku setelah pengubahan dalaman di PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mengkaji cadangan penggabungan mega agensi-agensi terasnya, suatu langkah drastik reformasi badan dunia tersebut. / Public domain
2 Mei 2025

Menurut satu memo dalaman yang disediakan oleh pegawai kanan yang ditugaskan untuk membaiki badan dunia itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mempertimbangkan penyusunan semula besar-besaran yang akan menggabungkan jabatan-jabatan utama dan mengalihkan sumber di serata dunia.  

Kajian peringkat tinggi ini dilakukan ketika agensi-agensi PBB berusaha menangani kesan pemotongan bantuan asing AS di bawah Presiden Donald Trump yang telah melemahkan badan kemanusiaan.  

Dokumen enam muka surat yang bertanda "sulit" telah dikaji oleh Reuters. Ia menyenaraikan beberapa "cadangan" untuk menggabungkan puluhan agensi PBB kepada empat jabatan utama:  keamanan dan keselamatan, hal ehwal kemanusiaan, pembangunan lestari, dan hak asasi manusia.  

Salah satu cadangan adalah agar operasi Program Makanan Sedunia (WFP), Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Agensi Pelarian PBB (UNHCR) digabungkan menjadi satu entiti kemanusiaan tunggal.  

Terdapat juga cadangan penggabungan UNAIDS ke dalam WHO, mengurangkan keperluan sehingga enam penterjemah dalam mesyuarat, dan menggabungkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) – yang bukan di bawah PBB – dengan agensi pembangunan PBB.  

Titik permulaan

Menurut seorang pegawai yang tahu berkenaan memo itu memanggilanya “titk permulaan.”

Penilaian kendiri PBB mengesahkan pandangan lama penyokong dan pengkritiknya – badan dunia ini perlu diringkaskan. Memo itu mengenal pasti beberapa masalah utama seperti mandat yang bertindih, penggunaan sumber tidak cekap, pembahagian dan pengulangan tugas, dan jumlah jawatan kanan yang berlebihan.

PBB menghadapi "cabaran sistematik" yang semakin teruk apabila Perhimpunan Agung terus menambah misi dan program baru tanpa strategi keluar yang jelas, sehingga menyebabkan pertindihan tugas yang agak signifikan, ketidakcekapan, dan peningkatan kos.

Pasukan petugas yang dilantik oleh Setiausaha Agung António Guterres pada bulan Mac menyediakan memo tersebut untuk menjadikan PBB lebih efektif dari segi kos.

Selain pemotongan kos jangka pendek, pasukan ini juga mengkaji perubahan struktur jangka panjang. Sesetengah diplomat melihat ini sebagai langkah proaktif untuk mengelakkan pemotongan dana lebih besar dari AS.  

"Memo ini hasil perbincangan pegawai kanan untuk mencapai visi Setiausaha Agung," kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric.  

Guterres sudah lama menyeru reformasi PBB. Dalam satu mesyuarat dengan Trump pada 2017, beliau memberitahu Presiden Trump badan dunia ini mempunyai “struktur terpecah-pecah, prosedur rumit, dan birokrasi yang tiada henti.”

Kini, PBB menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah 80 tahunnya. Pada awal tahun, penyumbang terbesar PBB iaitu AS mempunyai hutang tunggak $1.5 bilion untuk bajet biasa dan $1.2 bilion untuk misi keamanan.  

Sejak Trump berkuasa pada Januari 2025, beliau telah memotong berbilion dolar bantuan asing sebagai sebahagian dasar "America First".  

TRT Global - Ketua UNHCR kecam Majlis Keselamatan PBB atas 'kegagalan kronik' cegah dan henti peperangan

Ketua UNHCR Filippo Grandi memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bahawa keganasan tidak terkawal dan keruntuhan bantuan kemanusiaan sedang memburukkan krisis global, sambil menuduh badan tersebut gagal melaksanakan mandat terasnya.

🔗

Pemotongan kos & peralihan geopolitik  

Walaupun memo itu tidak menyebut mana-mana negara secara khusus, ia menegaskan bahawa "peralihan geopolitik dan pemotongan besar belanjawan bantuan asing mencabar legitimasi dan keberkesanan PBB."  

Antara kesannya: pejabat kemanusiaan PBB yang menghadapi kekurangan $58 juta telah memotong 20% kakitangannya. UNICEF menjangkakan bajetnya mengecut 20%. Agensi migrasi PBB menjangkakan penurunan 30% bajet yang akan menjejaskan 6,000 pekerjaan.  

Bob Rae, Duta Kanada dan Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB, menyatakan bahawa pemotongan ini "memberi kesan buruk serta-merta", termasuk pengurangan bekalan makanan di kem pelarian.  

Memo itu juga mempunyai cadangan untuk memindahkan sebahagian kakitangan PBB dari bandar mahal seperti Geneva dan New York ke lokasi kos rendah, serta menggabungkan operasi di Rom.  

Satu memo dalaman lain yang dihantar minggu lalu dan telah dilihat oleh Reuters mengarahkan pegawai kanan menyediakan senarai jawatan yang boleh dipindahkan keluar dari New York atau Geneva sebelum 16 Mei.  

"Kita perlu mengambil langkah berani untuk meningkatkan kecekapan sambil mengurangkan kos," kata memo kedua itu yang telah mencetuskan bantahan dari ratusan kakitangan PBB dengna mengadakan protes di Geneva pada 1 Mei untuk menentang kehilangan pekerjaan.  

Menurut memo itu, kakitangan yang menyokong terus Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan di New York akan kekal di tempat

SUMBER:Reuters
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us