Trump umum gencatan senjata Israel-Iran
Presiden AS Donald Trump umum bahawa Israel dan Iran telah bersetuju dengan gencatan senjata berperingkat mulai hari Selasa pada 0400 GMT, bertujuan untuk menamatkan hampir dua minggu permusuhan sengit.
Trump memuji perjanjian itu sebagai penamat "Perang 12 Hari."
Bagaimanapun, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi nafi gencatan senjata rasmi dan bertegasTehran akan henti tindakan balas hanya jika Israel menghentikan serangan.
Pengumuman gencatan senjata Trump dibuat selepas Iran mengancam dan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera terbesar AS di Qatar.
Menurut media Iran, serangan peluru berpandu terbaru dilancarkan sejurus sebelum gencatan senjata berkuatkuasa.
Iran tidak boleh lagi membina senjata nuklear: AS
Naib Presiden AS, JD Vance, menyatakan bahawa Iran kini "tidak mampu" untuk menghasilkan senjata nuklear, selepas serangan AS memusnahkan infrastruktur nuklear utama.
"Kami kini berada di dalam situasi yang lain dari seminggu yang lalu," kata Vance kepada Fox News.
Kenyataannya susulan pengumuman Presiden Trump mengenai gencatan senjata dengan Iran—mengakhiri Perang 12 Hari yang sengit.
Washington melihatnya sebagai tamparan yang melumpuhkan cita-cita nuklear Iran dan pembukaan baharu untuk diplomasi Timur Tengah.
NGO tuntut kumpulan GHF henti operasi bantuan maut
Lebih daripada sedozen kumpulan hak asasi manusia telah membangkitkan kebimbangan terhadap Yayasan Kemanusiaan Gaza atau Gaza Humanitatrian Fund, dan menggesa ia henti operasi pengagihan bantuan yang huru-hara dan membawa maut.
Dalam surat terbuka dengan kata-kata pedas, 15 pertubuhan mengutuk pendekatan kumpulan yang disokong AS dan dikawal Israel itu sebagai tindakan berbahaya daripada usaha kemanusiaan tradisional, menuduhnya menyemarakkan perpindahan dan mempertaruhkan jenayah perang.
Sementara itu, serangan Israel berhampiran Beit Lahia dan Kota Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya lapan pencari bantuan Palestin dan mencederakan beberapa yang lain.
Sepanyol gesa EU untuk gantung perdagangan dan kenakan embargo senjata ke Israel
Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares telah menggesa Kesatuan Eropah untuk ambil tindakan pantas dan berani dengan menggantung perjanjian perdagangan EU-Israel serta mengenakan sekatan senjata ke atas Israel berhubung genosid ke atas wilayah Palestin di Gaza.
Bercakap menjelang mesyuarat Brussels, Albares menggesa agar sekatan terhadap mereka yang menjejaskan penyelesaian dua negara, menekankan bahawa menegakkan nilai teras Eropah tidak boleh dirundingkan.
Ketua komunikasi Türkiye beri amaran tentang peningkatan peperangan maklumat, campur tangan asing
Pada panel berprofil tinggi di Amsterdam menjelang Sidang Kemuncak NATO, Pengarah Komunikasi Presiden Turki Fahrettin Altun menyoroti peranan penting Türkiye dalam keselamatan global dan serantau.
Menyebut Türkiye sebagai "kunci kepada keamanan dan keadilan," Altun menekankan penglibatan mendalam negara itu dalam misi NATO dan usaha diplomatiknya.
Beliau juga memberi amaran tentang ancaman yang kian berkembang, serta menekankan kebangkitan peperangan maklumat dan campur tangan asing sebagai cabaran mendesak untuk keselamatan dan kestabilan masa depan perikatan NATO itu.