Israel telah melancarkan serangan ke atas Universiti Imam Hussein di ibu negara Iran, Tehran, menurut seorang wartawan dari Anadolu.
Universiti tersebut mempunyai hubungan dengan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
Selepas serangan pada hari Rabu, asap dilihat naik dari kawasan tersebut.
Ketegangan serantau semakin meningkat sejak hari Jumaat, apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas pelbagai lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran untuk melancarkan serangan balas.
Pihak berkuasa Israel berkata sekurang-kurangnya 24 orang telah terbunuh dan beratus-ratus cedera sejak itu akibat serangan peluru berpandu Iran.
Iran pula menyatakan sekurang-kurangnya 224 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera dalam serangan Israel.
Bagaimanapun, sebuah kumpulan hak asasi manusia pada hari Rabu melaporkan bahawa serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 585 orang di seluruh Iran dan mencederakan 1,326 yang lain.
Human Rights Activists yang berpengkalan di Washington, berkata mereka telah mengenal pasti 239 daripada yang terbunuh sebagai orang awam dan 126 sebagai anggota keselamatan.