Hanoi – Ibu kota Vietnam telah melancarkan 261 kamera pengawasan AI, dengan setiap satu dilengkapi 10 fungsi terintegrasi, di lokasi strategik seluruh bandar, menurut laporan media tempatan. Kamera ini dipasang di persimpangan utama, jalan arteri, kawasan yang padat dengan penduduk, serta zon tumpuan pelancong.
Sistem berkuasakan AI ini menyediakan pemantauan sepanjang masa dalam semua keadaan cuaca.
Ciri dan keupayaan utama adalah imbasan 360-darjah & pengesanan jarak jauh yang membolehkan mengenal pasti wajah dan plat lesen dari jarak 700 meter. Pemprosesan data dilakukan dalam masa nyata, dimana rakaman mereka yang melanggar undang-undang akan dihantar serta-merta ke pusat operasi untuk analisis. Selepas pengguna jalan raya sah melanggar undang-undang, notifikasi pelanggaran dihantar dalam tempoh 2 jam melalui aplikasi VneID (Pengenalan Elektronik Viet Nam), VneTraffic (Trafik Elektronik Viet Nam), atau terus kepada polis tempatan.
Di antara kesalahan yang ditangkap adalah yang lazim berlaku seperti tidak memakai topi keledar, menukar lorong secara suka hati, dan berhenti atau meletak kenderaan di kawasan yang dilarang.
Jabatan Polis Hanoi mengesahkan sistem ini akan beroperasi sepenuhnya mulai 18 Disember udan akan mengurangkan keperluan pengawasan fizikal anggota polis trafik di banyak jalan. Pelarasan lampu isyarat AI akan mengoptimumkan masa isyarat berdasarkan kepadatan kenderaan masa nyata
Sistem tersebut juga mempunyai fungsi mengenal pasti wajah yang membenarkan pihak berkuasa mengesan individu yang dikehendaki justeru memberi amaran kepada pusat operasi.
Leftenan Jeneral Nguye Thanh Tung, Pengarah Jabatan Polis Hanoi, menyatakan bahawa menjelang penggal ketiga 2025 sistem ini akan diperluas untuk mengesan pelanggaran alam sekitar seperti pembuangan sampah haram, pencerobohan kaki lima, serta pengumpulan data automatik untuk penguatkuasaan pentadbiran.
“Dalam era digital, teknologi kini adalah satu keperluan dan kami berkomited untuk menguasai teknologi demi menyelesaikan masalah secara pantas dan telus. Ini semua adalah agar kami dapat berkhidmat untuk rakyat dengan lebih baik dan cekap.”
Mayor Jeneral Do Thanh Bình, Pengarah Jabatan Polis Trafik, mengesahkan saman automatik berasaskan AI sedang diuji di lebuh raya.
Menjelang 2030, Hanoi merancang untuk memasang lebih 40,000 kamera AI bagi. Inisiatif ini sebahagian daripada program Pengawasan Pintar yang diluluskan pada 2020 yang akan menyambungkan rangkaian kamera AI di Lebuh Raya 1A, laluan ekspres utama, seta di bandar raya seperti Ho Chi Minh, Da Nang, dan Hai Phong.