7 Julai 2025
Malaysia mengenakan cukai anti-lambakan (anti-dumping) ke atas beberapa produk besi dan keluli dari China, Korea Selatan, dan Vietnam.
Keputusan ini dibuat selepas siasatan dilancarkan pada Februari bagi produk besi aloi atau bukan aloi bersalut atau bersadur zink melalui proses hot dip, menurut kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Cukai sementara ini akan berkuat kuasa sehingga 120 hari bermula Isnin ini.
Penentuan muktamad akan dibuat selewat-lewatnya pada 3 November.
"Langkah sementara ini diperlukan bagi mengelakkan kerosakan lanjut kepada industri tempatan," menurut kenyataan MITI yang dipetik oleh Free Malaysia Today.