Bencana kemanusiaan di Gaza telah mencetuskan kutukan meluas, termasuk dari Barat yang sebelum ini lebih berhati-hati. Di UK, Menteri Luar David Lammy menyatakan bahawa Britain "akan mengambil langkah lebih tegas terhadap Israel jika keadaan situasi yang teruk berterusan."
Satu tinjauan YouGov juga menunjukkan kira-kira separuh rakyat Britain menyokong sekatan ke atas Israel. Ada khabar angin yang menyatakan kerajaan Britain akan mengambil tindakan dari segi sekatan, walaupun ini sudah pun dibincangkan untuk masa yang agak lama.
Namun, adakah ini petanda perubahan dasar, atau sekadar retorik kosong?
Langkah-langkah yang boleh diambil UK
Pakar akademik dalam kajian genosid, Profesor Omer Bartov dari Israel, menulis dalam The New York Times, bahawa telah terbukti apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza adalah genosid.
Hakim dari Britain, Baroness Kennedy, mempunyai kesimpulan yang sama di gelombang radio. Malah, dalam dunia akademia, media, masyarakat sivil, dan juga dalam kalangan dasar di Britain, mereka juga mendapat kesimpulan yang serupa. Secara senyap, kebanyakan ahli politik dan kerajaan juga bersependapat.
Memandangkan ada sentimen yang meluas yang tidak dapat dinafikan berdasarkan timbunan bukti di Gaza, sudah tentu akan ada tekanan hebat ke atas kerajaan UK untuk mengenakan tindakan tegas ke atas Israel.
Tindakan tersebut adalah seperti:
Menggantung eksport senjata – UK masih membekalkan komponen jet F-35 kepada Israel, walaupun desakan untuk embargo senjata semakin kuat.
Menyokong siasatan jenayah perang – UK boleh menyertai kes Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menuduh Israel melakukan genosid. UK juga sepatutnya menerbitkan respons rasmi dari sudut undang-undang terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan pendudukan wilayah Palestin sebagai tidak sah; tuntutan ini telah dikemukakan oleh lebih 100 ahli parlimen UK baru-baru ini.
Meluaskan sekatan terhadap menteri Israel dan peneroka haram – Setakat ini, hanya Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich disekat, tetapi menteri pertahanan dan luar Israel juga patut dipertimbangkan. Memandangkan dunia makin risau dengan peranan jemaah menteri sayap kanan dalam menggalakkan keganasan, ini adalah langkah yang wajar diambil oleh UK.
Untuk peneroka haram, status pendudukan mereka adalah haram dari segi undang-undang dan dasar Britain. Sebarang pertalian dengan mereka adalah salah dan boleh dihukum. Buat masa kini, terdapat pusat derma di UK yang mengumpul wang untuk penerok haram tersebut.
Mengiktiraf Palestin sebagai negara – Langkah simbolik tetapi bermakna, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa negara Eropah.
Mengharamkan produk penempatan haram – UK boleh mengikut jejak Ireland dan EU dalam melarang barangan dari penempatan haram Israel.
Pendakwaan – UK boleh mengisytiharkan bahawa pegawai atau anggota tentera Israel boleh dikenakan tindakan pendakwaan, tertakluk kepada pembuktian yang mencukupi. (Rujuk kes di Portugal di mana seorang askar Israel telah dikenal pasti oleh masyarakat sivil).
Kesemua tindakan yang disebut di atas hanya perlukan kemahuan politik bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jurang kredibiliti
Itu soalannya. Adakah London mempunyai kemahuan politik untuk melaksanakannya? Kenapa mereka mengelat?
Pada masa kini, belum jelas lagi jika retorik dari Lammy yang kian meningkat akan berubah dalam bentuk tindakan.
Di kalangan pengundi Parti Buruh, ahli parlimen Parti Buruh, dan orang awam, terdapat kemarahan dan kekecewaan terhadap kerajaan Zionis Israel terhadap tindakan mereka ke atas Palestin baik di Gaza mahupun Tebing Barat.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan dalam Parti Buruh yang kini memerintah negara UK.
Warisan era Jeremy Corbyn – Parti Buruh masih berhati-hati dalam isu Israel kerana bimbang dituduh antisemitik.
Hubungan dengan AS – London enggan bercanggah dengan Washington, yang terus menyokong Netanyahu. Ada kepercayaan bahawa kepentingan strategik nasional London dan reka bentuk keselamatan UK perlukan pakatan yang erat dengan Amerika Syarikat, dan sekiranya pakatan ini retak, ia akan membawa akibat yang amat buruk bagi UK.
Kecondongan peribadi Keir Starmer – Perdana Menteri UK ini dikenal sebagai penyokong kuat hubungan UK-Israel, walaupun latar belakangnya sebagai peguam hak asasi. Oleh itu perubahan dasar bukan sahaja membahasakan hujah-hujah yang betul, tetapi juga tertakluk kepada pendirian Starmer sendiri.
Prospek perubahan dasar: Realiti atau khayalan?
Jumlah ahli parlimen dari Parti Buruh juga dari parti-parti lain makin berasa tidak puas hati dengan pendirian UK berkenaan Israel. Ini adalah penyebab pengharaman dua menteri Israel, Ben Gvir dan Smotrich, yang juga dilaksanakan oleh Kanada, Norway, dan New Zealand.
Langkah sebegini memberi harapan yang mungkin akan ada pengharaman seterusnya, namun belum jelas dari segi apa. Tindakan terhadap peneroka haram Israel juga berkemungkinan akan diambil. Namun, tindakan lebih radikal dan konkrit seperti menyertai kes ICJ atau menghentikan eksport senjata masih tidak mungkin. Pengiktirafan Palestin boleh berlaku, tetapi ia berisiko menimbulkan ketegangan dengan AS.
Menghentikan penjualan bahagian F-35 tidak kemungkinan akan berlaku, lebih-lebih lagi selepas kerajaan UK telah membahaskan hujahnya yang panjang mempertahankan pendiriannya di mahkamah berhubung dasar ini.
Tanpa tindakan substantif, retorik keras UK hanya akan dilihat sebagai pengurusan imej—bukan perubahan sebenar dalam dasar luar terhadap Israel dan Palestin.