SENI & BUDAYA
2 min membaca
AI gantikan manusia di sebalik watak permainan kegemaran anda? Tidak, tanpa perjanjian baru ini
Perjanjian baharu SAG-AFTRA memberikan hak persetujuan dan langkah keselamatan selepas rundingan terhenti hampir setahun.
AI gantikan manusia di sebalik watak permainan kegemaran anda? Tidak, tanpa perjanjian baru ini
Para aktivis dan ahli mogok permainan video SAG-AFTRA berdiri di luar Disney Studios, California. / Reuters
10 Julai 2025

Pelakon suara dan pengesan gerakan (motion-capture) Hollywood menandatangani kontrak baharu dengan studio permainan video pada 9 Julai yang memberi tumpuan pada perlindungan terhadap kecerdasan buatan (AI), menurut kenyataan akhbar kesatuan sekerja SAG-AFTRA. Ini menamatkan mogok yang berlanjutan hampir setahun.  

"AI menjadi teras tuntutan kami," kata Sarah Elmaleh, pelakon suara dan ahli jawatankuasa rundingan, selepas perjanjian diluluskan.  

Elmaleh, yang menyumbangkan suara untuk permainan popular seperti Final Fantasy XV dan Call of Duty: Black Ops III, menyatakan pentingnya mewujudkan garis panduan etika penggunaan AI dalam industri permainan.  

Terma perjanjian

Perlindungan baharu termasuk keperluan persetujuan dan pendedahan untuk penggunaan replika digital AI, serta hak pelakon membatalkan persetujuan bagi penjanaan bahan baharu semasa mogok.  

"Perjanjian ini mencapai kemajuan penting dalam perlindungan AI, dan kemajuan adalah matlamat utama," kata Presiden SAG-AFTRA Fran Drescher.  

Kontrak ini juga memperkenalkan langkah keselamatan tambahan seperti penyediaan pasukan perubatan di lokasi penggambaran untuk adegan berisiko tinggi—isu kritikal bagi pelakon motion-capture.  

"Ada pelakon yang bukan sekadar menyumbang suara, tetapi juga tubuh mereka untuk watak-watak ini," jelas Elmaleh.  

Pelakon motion-capture memakai sut berensor untuk merakam pergerakan badan, ekspresi muka, dan gerak isyarat. Data ini kemudian digunakan untuk mencipta animasi digital yang realistik.  

Dibawah perjanjian ini, para pelakon akan menerima kenaikan gaji 15.17% selepas kelulusan perjanjian, serta tambahan 3% pada November 2025, 2026, dan 2027.  

Studio-studio yang terlibat adalah Activision Productions, Electronic Arts (EA), Disney Character Voices, WB Games, Take 2 Productions, Insomniac Games, Formosa Interactive, dan Llama Productions.  

Perjanjian Media Interaktif ini diluluskan dengan 95.04% undi menyokong dan berkuat kuasa serta-merta.  

Latar belakang 

Mogok bermula selepas rundingan gagal mengenai perlindungan pekerja daripada AI, menyusuli mogok yang melibatkan penulis dan pelakon Hollywood pada 2023.  

Isu ini mencetuskan seruan lebih luas untuk undang-undang melindungi pekerja kreatif daripada risiko AI. Akta NO FAKES adalah rang undang-undang bipartisan di Kongres AS yang akan mengharamkan penciptaan replika AI tanpa kebenaran pemilik suara atau imej. Ia disokong oleh SAG-AFTRA, Motion Picture Association, dan Disney.  


Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us