Filipina bakal memperkukuh keupayaan peperangan Tentera Laut Filipina dengan pengeluaran dron berkuasa tinggi dan Kapal Autonomi Tanpa Pemandu (USV) buatan tempatan, menandakan langkah besar dalam usaha negara membangunkan teknologi pertahanan sendiri.
Laporan dari media tempatan menyatakan inisiatif ini menyusul kelulusan Akta Republik 12024 pada Oktober 2024 yang mempromosikan pembangunan aset pertahanan tempatan untuk kegunaan ketenteraan dan komersial. Tentera Laut Filipina (PN) secara rasmi melancarkan Forum Postur Pertahanan Berdikari (SRDP) pertamanya pada hari Rabu bagi memajukan perubahan strategik ini.
Kapten Gregory Fabic, Penolong Ketua Staf Tentera Laut bagi Operasi Awam-Tentera, menyatakan bahawa PN memberi keutamaan kepada drone dan USV untuk meningkatkan misi taktikal sambil mengurangkan kebergantungan pada anggota manusia. Sistem tanpa pemandu ini dijangka meluaskan keupayaan operasi dalam misi carian dan penyelamatan, peninjauan, serta pengawasan.
Dengan melabur dalam kejuruteraan dan robotik tempatan, Filipina bertujuan memperkukuh pertahanan maritimnya sekaligus memacu inovasi dalam teknologi pertahanan buatan sendiri.