TÜRKİYE
2 min membaca
Pendedahan metana ragut nyawa 12 askar Turkiye di utara Iraq
Menteri Pertahanan Yasar Guler ke kawasan tersebut bersama komander tentera tertinggi bagi menjalankan pemeriksaan dan memantau operasi.
Pendedahan metana ragut nyawa 12 askar Turkiye di utara Iraq
Operasi ini sebahagian daripada usaha mengutip jenazah seorang askar yang syahid ditangan pengganas PKK pada 2022. / AA
8 Julai 2025

Dua belas askar Turkiye telah gugur setelah terdedah kepada gas metana semasa operasi carian di utara Iraq, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye pada hari Isnin.  

Kejadian berlaku pada hari Ahad semasa misi carian dan pembersihan (search-and-clear) di dalam sebuah gua pada ketinggian 852 meter di zon Operasi Claw-Lock, tempat anggota kumpulan pengganas PKK bersembunyi.  

Operasi ini sebahagian daripada usaha mengutip jenazah seorang askar yang syahid ditangan pengganas PKK pada 2022. Semasa misi, 19 anggota terjejas akibat gas, dan empat daripadanya meninggal, menjadikan jumlah korban keseluruhan 12 orang.  

Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler mengadakan lawatan ke kawasan tersebut bersama pemimpin tentera kanan bagi memeriksa lokasi kejadian serta menghadiri majlis penghormatan anggota yang terkorban.  

"Kami ucakpan takziah mendalam kepada keluarga para syuhada, Angkatan Tentera Turkiye, dan bangsa kami yang mulia," menurut kenyataan kementerian itu, sambil mendoakan pemulihan segera buat yang cedera.  

PKK, yang diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Turkiye, AS dan EU, telah melancarkan pemberontakan berdarah terhadap negara Turkiye selama lebih empat dekad.  

Sebagai tindak balas kepada ancaman berterusan, Turkiye melancarkan Operasi Claw-Lock pada 2022 bagi menyasarkan markas PKK di wilayah Metina, Zap dan Avasin-Basyan di utara Iraq.  

Kumpulan itu kerap menggunakan utara Iraq sebagai pangkalan untuk merancang dan melancarkan serangan rentas sempadan ke Turkiye.  

Pihak berkuasa Turkiye berulang kali menegaskan bahawa tindakan Ankara adalah selaras dengan Artikel 51 Piagam PBB yang memberi hak mengambil langkah pertahanan diri sekiranya diserang. Selain itu, perjanjian dua hala antara Turkiye dan Iraq membenarkan Turkiye menjalankan operasi anti-pengganas di wilayah Iraq.


SUMBER:TRT World and Agencies
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us