ASIA
2 min membaca
UNSC akan adakan mesyuarat kecemasan mengenai konflik Kemboja dan Thailand
Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan diadakan pada hari Jumaat atas permintaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.
UNSC akan adakan mesyuarat kecemasan mengenai konflik Kemboja dan Thailand
UNSC akan adakan mesyuarat pada hari Jumaat untuk membincankan situasi di sempadan Kemboja dan Thailand. / Reuters
25 Julai 2025

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menggesa kedua-dua negara mengamalkan kawalan diri tahap maksima selepas pertempuran berdarah meletus di sempadan Thailand-Kemboja, sementara Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bersedia mengadakan mesyuarat kecemasan tertutup Jumaat ini.

Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq, menyatakan Guterres "amat prihatin" dengan laporan pertempuran bersenjata dan menekankan penyelesaian melalui dialog serta semangat kejiranan baik. Beliau juga menegaskan bahawa sebarang ketegangan harus diselesaikan secara damai demi kestabilan serantau.

Mesyuarat UNSC dijadualkan 3:00 petang EDT (1900 GMT) Jumaat ini atas permintaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet. Dalam suratnya, beliau menuduh Thailand melakukan "kekerasan yang serius" dan memohon campur tangan antarabangsa bagi mengelakkan konflik melarat.

Pengerusi ASEAN tawar mediasi

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, selaku pengerusi ASEAN 2025, telah berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara untuk menggesa gencatan senjata serta rundingan damai. Beliau menegaskan kesediaan Malaysia menjadi perantara, selaras dengan semangat perpaduan ASEAN. Beliau menekankan bahawa keamanan adalah satu-satunya pilihan untuk Thailand dan Kemboja.

BerkaitanTRT Global - "Satu-satunya pilihan adalah keamanan": Perdana Menteri Malaysia berkenaan konflik Kemboja-Thailand

Pihak Thailand melaporkan 14 maut dan 46 cedera, manakala Kemboja mengesahkan seorang awam terbunuh dan lima lagi tercedera. Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Ketegangan sempadan Thailand-Kemboja bukanlah perkara baharu, dengan pertikaian wilayah sekitar kuil Preah Vihear mencetuskan konflik bersenjata sejak 2008. Kawasan itu diiktiraf sebagai milik Kemboja oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 1962, tetapi masih menjadi rebutan. Kedua negara pernah bertempur pada 2011.

PBB dan pemimpin serantau terus mendesak diplomasi bagi mengelakkan keganasan berulang, sementara ASEAN diharap dapat memainkan peranan penyelesaian.

BerkaitanTRT Global - Tentera Thailand, Kemboja berbalas tembakan
SUMBER:TRT World and Agencies
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us