Israel terus mengganas di Gaza, lebih ramai rakyat Palestin maut
Tentera Israel membunuh 51 lagi rakyat Palestin di Gaza, menurut Agensi Pertahanan Awam, walaupun terdapat banyak gesaan untuk gencatan senjata dicapai.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersiap sedia untuk lawatannya ke Rumah Putih pada 7 Julai untuk berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas Washington meluluskan tambahan senjata bernilai $510 juta untuk Tel Aviv.
Tentera Israel mengaku bunuh rakyat Palestin kelaparan di pusat bantuan Gaza
Pegawai tentera Israel mengaku menembak warga Palestin yang kelaparan mencari bantuan di Gaza, termasuk menggunakan peluru meriam, walaupun orang awam tidak menimbulkan sebarang ancaman, menurut laporan Haaretz.
Pengakuan itu dibuat selepas akhbar itu memetik keterangan anggota dan pegawai tentera yang mengatakan mereka diarahkan untuk melepaskan tembakan ke atas orang ramai yang sedang berkumpul berhampiran pusat bantuan.
Trump tamatkan sekatan ke atas Syria sementara Israel intai hubungan dengan Damsyik
Presiden AS Donald Trump telah menarik balik sekatan ke atas Syria secara rasmi.
Ini bertujuan untuk mengintegrasikan semula negara yang dilanda perang itu ke dalam ekonomi global ketika Israel mula mengintai hubungan dengan Damsyik.
Dalam perintah eksekutif pada Isnin, Trump menamatkan sekatan yang bermula sejak 2004 itu, yang melibatkan institusi utama Syria, termasuk bank negaranya.
Sementara itu, Israel meneruskan serangan ke atas tempat awam dan tentera di Syria tetapi berkata ia terbuka untuk menormalkan hubungan dengan Syria dan Lubnan.
Elon Musk selar rang undang-undang perbelanjaan Trump, seru penubuhan parti politik AS baharu
Jutawan Elon Musk menambah kritikan terhadap rancangan perbelanjaan yang dicadangkan Presiden AS Donald Trump, sambil memberi amaran bahawa "berbelanja seperti orang gila" hanya akan menambah hutang Amerika.
Dalam catatan di X, Musk menggelar AS sebagai "negara satu parti — PARTI KHINZIR PORKY" dan menggesa penubuhan parti politik baharu yang "sebenarnya mengambil berat tentang rakyat."
Kenyataannya dibuat sebagai tindak balas terhadap rang undang-undang yang akan meningkatkan siling hutang persekutuan sebanyak $5 trilion, yang disifatkan oleh Musk sebagai kegagalan dalam tanggungjawab fiskal.
Turkiye jadi tuan rumah sidang kemuncak NATO 2026: Erdogan
Turkiye bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin NATO 2026 di Ankara.
Menurut Presiden Recep Tayyip Erdogan, ini akan membuka jalan kepada keputusan yang "sangat penting".
Terdahulu, pada sidang kemuncak NATO di The Hague, Erdogan menekankan peranan penting NATO dalam memerangi keganasan, menggesa perpaduan dan meningkatkan perbelanjaan pertahanan, serta menyasarkan 5 peratus daripada KDNK.
Turkiye kini juga mengambil peranan diplomatik dalam konflik antara Ukraine dan Rusia.