logo
Bahaya satelit Starlink
06:07
Bahaya satelit Starlink
Projek Starlink oleh Elon Musk benar-benar revolusioner, membawa akses internet ke kawasan terpencil. Namun, jumlah satelit Starlink yang semakin berkembang menimbulkan beberapa kebimbangan alam sekitar.

Internet menghubungkan kita dengan maklumat, hiburan, dan antara satu sama lain secara serta-merta. Bagi orang ramai, ia satu keperluan, tetapi masih terdapat beberapa tempat di dunia yang belum mempunyai akses internet.  

Menurut data terkini dari Statistica, terdapat 5.44 bilion pengguna internet. Ini bermakna kira-kira satu pertiga populasi global masih belum mempunyai sambungan internet. Akses adalah terhad atau langsung tiada, terutamanya di kawasan berpendapatan rendah dan luar bandar di negara membangun. Namun, orang terkaya di dunia, Elon Musk, telah berusaha mengubah keadaan ini.  

Hari ni kita akan bincang pasal projek Starlink Elon Musk - kenapa banyak sangat satelit internet Starlink terbakar di angkasa? Anda kini mendengar Santapan Minda TRT Global. Kami sajikan artikel TRT Global dalam bentuk audio. Episod ini adalah adaptasi dari  artikel "Satelit Starlink Elon Musk terbakar - apa puncanya?" pada 7 Feb 2025.

SpaceX, syarikat aeroangkasa yang ditubuhkan oleh Musk, mengumumkan projek "Starlink" pada Januari 2015. Walaupun ketika itu ia belum diberi nama, projek ini dirujuk sebagai "mega-konstelasi" yang terdiri daripada ribuan satelit. Berbeza dengan satelit internet tradisional yang berada jauh dari orbit Bumi, satelit-satelit ini berada lebih dekat.

Satelit-satelit ini terletak kira-kira 550 kilometer di atas Bumi - cukup dekat untuk dilihat dengan mata kasar! Kadangkala ia kelihatan seperti untaian mutiara atau "keretapi" cahaya terang yang bergerak melintasi langit malam.

Seorang wartawan berita tempatan di Amerika melaporkan melihat satelit Starlink ini tepat di atas bandar Boston pada pukul 6:30 pagi. Beliau telah menemubual seorang penduduk bernama Carrier Greeny yang berkata beliau melihat "untaian cahaya" ketika berada di halaman belakang rumahnya di Foxborough dan fikir mereka adalah UFO!

Setakat 30 Januari 2025, terdapat 6,994 satelit Starlink di orbit. Menurut ahli astronomi Jonathan McDowell yang menjejaki konstelasi ini di laman webnya, 6,957 daripadanya masih beroperasi. Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (FCC) telah membenarkan SpaceX melancarkan 12,000 satelit Starlink. Namun, syarikat Musk sudah memfailkan permohonan untuk menambah sehingga 30,000 satelit lagi.

Tahukah anda, sebelum Starlink, manusia hanya melancarkan kurang daripada 14,500 satelit sepanjang sejarah. Menurut Agensi Angkasa Eropah, kurang separuh daripadanya (6,800) masih aktif hari ini.

Jumlah satelit Starlink dan kedudukannya yang begitu dekat dengan Bumi telah menjadikan akses internet lebih pantas dan stabil. Ini benar-benar mengubah landskap, terutamanya di kawasan terpencil dan zon konflik.

Elon Musk menggambarkan Starlink sebagai penyambung jurang antara 5G dan fiber, sekaligus melengkapkan kedua-dua teknologi ini. Beliau menyatakan tujuannya adalah untuk membawa akses internet kepada masyarakat di kawasan sukar dicapai.

Namun, ada perkara penting tentang Starlink: Jangka hayat satelit-satelit ini hanya sekitar lima tahun. Setelah tamat tempoh perkhidmatannya, satelit-satelit ini sengaja dikeluarkan dari orbit. Ini bermakna ia akan terbakar ketika memasuki semula atmosfera Bumi.

Dan inilah masalahnya - apabila satelit Starlink terbakar, ia akan melepaskan bahan kimia yang berpotensi menjejaskan lapisan ozon kita.

Bayangkan, pada bulan Januari sahaja, 120 satelit telah terhempas dan terbakar di angkasa. Kejadian ini menerangi langit bagaikan bola api. Pada 29 Januari 2025, 62 daripada 'bola api' ini dilaporkan kelihatan di beberapa negeri AS termasuk Wisconsin, Michigan dan Illinois.

Kalau satelit generasi pertama mempunyai berat kira-kira 260 kilogram dan menghasilkan sekitar 30 kilogram aluminium oksida ketika terbakar. Ia sudah boleh merosakkan lapisan ozon. Jadi, adalah lebih membimbangkan dengan satelit generasi baharu yang beratnya mencecah 800 kilogram dan akan melepaskan lebih banyak bahan kimia berbahaya.

Masalah tak berhenti di aluminium oksida saja. Kajian 2023 tunjuk atmosfera kita dah tercemar dengan logam asing macam niobium dan hafnium yang sememangnya tidak wujud secara semulajadi di atmosfera. Semuanya datang dari satelit terbakar. Dari tahun 2016 ke 2022 saja, pencemaran ini melonjak 8 kali ganda. Jadi bayangkan apa kesan penambahan jumlah satelit Starlink nanti.

Ini bahaya untuk lapisan ozon kita yang sememangnya di bawah tekanan hebat. Tambah pula satelit cerah Starlink ganggu kerja ahli astronomi, dan pakar angkasa kata ia penyebab utama risiko pelanggaran di orbit Bumi.

Memang tidak dinafikan Starlink memang revolusioner - bawa internet ke tempat-tempat yang sukar mendapat internet. Tapi bila banyak syarikat masuk angkasa lepas, kita kena lebih bertanggungjawab. Bukan sekadar fikir untuk membina satelit, tetapi kena berfikir cara yang lebih lestari untuk bumi.

Sampai di sini sahaja episod ni. Terima kasih kerana sudi mendengar, jumpa lagi di episod akan datang. Kekal bersinar dan maklum. Podcast Santapan Minda ini diadaptasi dari artikel TRT World “Satelit Starlink Elon Musk terbakar - apa puncanya?"




Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us