Pejuang Palestin bunuh tujuh tentera Israel di Gaza
Pejuang penentangan Palestin telah membunuh tujuh tentera pendudukan Israel di Gaza. Israel telah mengesahkan kematian mengatakan seorang pegawai Israel dan enam askar terbunuh semasa pertempuran di selatan Gaza.
Pertempuran dengan Iran memberi kesan kepada kewangan Israel
Selepas konflik 12 hari dengan Iran, Israel menghadapi kejutan ekonomi dengan perbelanjaan perang melonjak melepasi $5 bilion pada minggu pertama sahaja.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa kos harian untuk sistem udara antipeluru berpandu Israel adalah antara $10 juta hingga $200 juta.
Kos ketenteraan harian mencecah $725 juta, kebanyakannya untuk operasi serangan.
Pakar menganggarkan jumlah kerosakan boleh mencecah $20 bilion apabila mengambil kira gangguan ekonomi.
Lebih 10,000 orang Israel melarikan diri dari rumah mereka, dan lebih 36,000 tuntut pampasan.
Dengan defisit yang semakin melebar, kerajaan sedang mempertimbangkan pemotongan perbelanjaan, kenaikan cukai atau peminjaman, yang berpotensi mengancam kenaikan mendadak dalam hutang awam.
AS akan beri $30 juta kepada kumpulan bantuan Gaza yang kontroversi
AS memberi $30 juta kepada kumpulan kemanusiaan yang penuh kontroversi dan kritikan bernama Yayasan Kemanusiaan Gaza atau Gaza Humanitarian Fund.
Yayasan ini kononnya menyampaikan bantuan di Gaza yang dilanda perang walaupun terdapat kebimbangan serius di kalangan beberapa pegawai AS mengenai operasi sebulan dan pembunuhan penduduk Palestin berhampiran tapak pengedaran makanan.
Washington telah menyokong Yayasan tersebut secara diplomatik, tetapi ini adalah sumbangan kewangan kerajaan AS pertama yang diketahui kepada organisasi itu, yang menggunakan firma tentera dan logistik swasta AS untuk angkut bantuan ke Gaza untuk diedarkan di apa yang kononnya dipanggil "tapak selamat."
Jangan harap ada tindakan ketenteraan serangan Amerika lebih lanjut: Trump kepada Netanyahu
Selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iran, Presiden AS Donald Trump memberitahu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu supaya tidak mengharapkan tindakan ketenteraan serangan Amerika selanjutnya.
Seorang pegawai kanan Rumah Putih berkata Trump menelefon Netanyahu selepas pengeboman Amerika pada hari Ahad dan memberitahunya supaya tidak mengharapkan serangan tentera AS tambahan dan bahawa dia harus mencari penyelesaian diplomatik dengan Iran.
Zohran Mamdani menang pemilihan Datuk Bandar Demokratik New York
Zohran Mamdani, seorang sosialis demokratik berusia 33 tahun, mengetuai pemilihan utama Demokrat New York, dan jika dipilih, dia akan menjadi Datuk Bandar Muslim pertama di bandar itu.
Bekas Gabenor Andrew Cuomo mengaku kalah dalam pemilihan utama Demokrat New York City, justeru meletakkan Zohran Mamdani dalam kedudukan terbaik untuk menjadi Datuk Bandar Muslim pertama di bandar itu.
Mamdani telah mendapat sokongan daripada pengundi dengan memberi tumpuan kepada isu-isu asas New York, terutamanya kemampuan perumahan dan peningkatan kos sara hidup di bandar paling ramai penduduk di Amerika itu.