Israel mengebom Syria, 3 terbunuh, ramai cedera
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 34 lagi cedera ketika Israel melancarkan gelombang serangan udara ke atas ibu negara Syria.
Israel melancarkan serangan ke atas Kompleks Kakitangan Am dan Istana Presiden, yang dikenali sebagai Qasr al-Shaab, di Damsyik.
Tentera Israel mengesahkan serangan udara ke atas Istana Presiden yang disebut sebagai "serangan amaran."
Jet pejuang Israel juga melancarkan beberapa serangan udara di wilayah barat daya Daraa dan bandar Qatana di kawasan luar bandar Damsyik.
Israel masih menggila di Gaza, ramai rakyat Palestin di Gaza termasuk yang mencari bantuan terbunuh
Rejim Zionis Israel yang tak berperkemanusiaan telah membunuh sekurang-kurangnya 68 orang di Gaza pada hari Rabu, termasuk beberapa rakyat Palestin yang terpaksa bertarung dengan gas pemedih mata ketika menunggu di tapak bantuan yang disokong Ey ASs, dengan harapan mendapat sedikit makanan.
Pembunuhan yang kejam ini berlaku di Khan Younis, kem pelarian Nuseirat, Kota Gaza, Jabalia, Deir al Balah dan Koridor Netzarim. Sampai bilakan kegilaan ini akan berterusan
Türkiye selar serangan Israel ke atas Damsyik
Kementerian Luar Türkiye telah mengutuk serangan udara Israel baru-baru ini yang menyasarkan pusat Damsyik, memanggilnya sebagai percubaan sengaja untuk menjejaskan usaha Syria ke arah keamanan, kestabilan dan keselamatan.
Kementerian itu berkata serangan terbaharu Israel ke atas Damsyik, berikutan campur tangan tenteranya sebelum ini di selatan Syria, merupakan tindakan sabotaj terhadap percubaan Syria untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman.
Ankara memberi amaran bahawa tindakan sedemikian mengancam untuk menggagalkan peluang yang jarang berlaku bagi negara yang dilanda perang itu untuk bergerak ke arah normalisasi.
Peneroka haram Israel merampas kawalan Masjid Ibrahimi yang bersejarah
Pihak berkuasa Israel telah melucutkan kuasa pentadbiran perbandaran Hebron yang dikendalikan Palestin ke atas Masjid Ibrahimi dan memindahkan mereka ke majlis peneroka haram Yahudi.
Terletak di Kota Lama Hebron, yang berada di bawah pendudukan Israel, Masjid Ibrahimi dikelilingi oleh kira-kira 400 peneroka haram Israel yang dilindungi oleh kira-kira 1,500 tentera Israel.
Kompleks masjid ini dipercayai oleh agama-agama keturunan Ibrahim sebagai tempat terletaknya jenazah Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Hakan Fidan kecam genosid di Gaza oleh Israel
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan telah mengutuk genosid Israel di Gaza dengan tegas semasa berucap kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Beliau berkata perang itu telah menjadikan kawasan Palestin sebagai "kem tumpuan" dan menuduh Israel secara sistematik menyasarkan orang awam.
Tambah Fidan, lebih 2 juta orang sedang menanggung penderitaan yang tidak terkata di Gaza.
Dia juga memetik tindakan pemindahan besar-besaran Israel secara paksa, kemusnahan yang meluas, dan penyekatan bantuan kemanusiaan yang disengajakan di kawasan yang dikepung itu.