logo
Fokus Hari Ini | 26 Jun
02:46
02:46
Dunia
Fokus Hari Ini | 26 Jun
Israel bunuh lebih 100 rakyat Palestin di Gaza dalam 24 jam. Zelenskyy rancang beli sistem pertahanan udara AS.

Israel bunuh lebih 100 rakyat Palestin di Gaza

Israel membunuh lebih 100 lagi rakyat Palestin hanya dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk mereka yang mencari bantuan. Ratusan yang lain turut tercedera di Gaza.

Sementara itu, agensi PBB untuk pelarian Palestin memberi amaran bahawa rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi krisis air yang teruk yang boleh menyebabkan kematian akibat kehausan.

Ini disebabkan serangan dan sekatan oleh Israel ke atas bahan api yang melumpuhkan infrastruktur air di kawasan itu.

Trump terbuka sertai rundingan nuklear Iran

Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan dengan Iran mengenai program nuklearnya pada minggu depan.

Ini susulan konflik selama 12 hari dengan Israel yang turut mengheret AS. Setakat ini laporan menyebut ratusan orang terbunuh dan cedera.

Trump mendakwa serangan udara AS baru-baru ini telah menyebabkan "kemusnahan menyeluruh" ke atas keupayaan nuklear Iran.

Beliau menambah bahawa gencatan senjata yang diumumkannya awal minggu ini "berjalan dengan sangat baik."

Bagaimanapun, penilaian risikan AS yang dibocorkan mendakwa serangan itu hanya melambatkan usaha nuklear Iran untuk beberapa bulan sahaja.

Tentera Israel, penduduk haram Zionis bunuh empat rakyat Palestin di Tebing Barat

Tentera Israel dan penduduk haram Zionis telah membunuh sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Tiga rakyat Palestin terbunuh di Kafr Malik, sebuah kampung di timur laut Ramallah, di mana puluhan penduduk haram Israel menyerbu kawasan itu, membakar kenderaan dan menyerang penduduk.

Sekurang-kurangnya tujuh yang lain cedera, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Protes di Kenya bertukar menjadi tragedi

Seramai 16 penunjuk perasaan terbunuh dan sekurang-kurangnya 400 cedera, dengan 83 dalam keadaan serius susulan protes di Kenya.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia berkata kebanyakannya dibunuh oleh polis.

Protes berlaku di sekurang-kurangnya 23 daerah semasa hari ulang tahun pertama demonstrasi yang menentang kenaikan cukai yang menyebabkan 60 orang terbunuh dan 20 yang lain hilang.

Zelenskyy rancang beli sistem pertahanan udara AS

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata beliau telah berbincang untuk membeli sistem pertahanan udara AS dengan Presiden Donald Trump semasa pertemuan mereka di luar sidang kemuncak NATO di The Hague.

Katanya, Kiev bersedia membeli peralatan tersebut dan menyokong pengeluar senjata Amerika. Selain itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan potensi pengeluaran dron bersama.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 27 Jun
Menjejak Bunyi
Beban Dunia: Krisis Obesiti
Kenapa Ada Pasport Yang Lebih Kuat Dari Yang Lain?
Bahaya satelit Starlink
Adakah Nama Boleh Mempengaruhi Takdir Anda?
Melihat Masa Depan
Penyelesaian lestari untuk krisis arang di Afrika
Amaran Asteroid
Selesema Burung: Perlukah Kita Bimbang?
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us