Netanyahu sokong pengusiran rakyat Palestin semasa pertemuan dengan Trump
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengenal pasti negara yang boleh menawarkan rakyat Palestin apa yang disebutnya sebagai masa depan yang lebih baik, ketika dia bertemu dengan Presiden AS Donald Trump di Rumah Putih.
Ditanya sama ada penyelesaian dua negara masih boleh dilakukan, Trump berkata beliau tidak tahu dan mengarahkan soalan itu kepada Netanyahu, yang telah berulang kali menyuarakan tentangan terhadap kenegaraan Palestin.
Netanyahu juga menyerahkan surat kepada Trump yang mencalonkannya untuk Hadiah Keamanan Nobel.
Israel terus mengebom Gaza, Lubnan dan Yaman
Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam siri serangan Israel di seluruh Gaza yang terkepung.
Dua orang terbunuh dalam serangan dron Israel yang berasingan di selatan Lubnan. Israel juga mengebom infrastruktur utama di Yaman.
Sementara itu, PBB menyatakan kebimbangan mengenai pemindahan besar-besaran yang berterusan di Gaza dan memberi amaran bahawa lebih 700,000 orang telah menjadi pelarian sejak berakhirnya gencatan senjata pada Mac di tengah-tengah serangan rejim Zionis Israel yang tiada henti.
Trump akan hantar lebih banyak senjata ke Ukraine
Presiden AS Donald Trump berkata negaranya akan menghantar lebih banyak senjata ke Ukraine untuk membantu negara yang dilanda perang itu mempertahankan diri daripada serangan Rusia.
Bercakap kepada pemberita di Rumah Putih, Trump berkata Ukraine sedang dihentam teruk oleh Rusia dan perlu mempertahankan diri.
Tambah beliau, AS akan hantar senjata pertahanan.
Trump umum gelombang baru tarif ke atas 14 negara
Lagi berita pasal Trump.
Trump telah mengumumkan mengenakan tarif baharu ke atas barangan dari 14 negara, termasuk Jepun dan Korea Selatan, meningkatkan serangan perdagangan global yang dikatakannya bertujuan memulihkan keseimbangan kepada hubungan perdagangan Amerika.
Langkah baharu itu termasuk tarif 25 peratus ke atas barangan dari Jepun dan Korea Selatan yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos.
Trump juga mengancam untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas negara yang menyelaraskan diri mereka dengan BRICS, menyebabkan penolakan kuat dari Rusia dan China.
Korban banjir Texas melebihi 100 orangA
Angka kematian akibat banjir besar di Texas meningkat kepada lebih 100, ketika penyelamat meneruskan pencarian mereka untuk orang yang dihanyutkan oleh deras air.
Antara yang maut ialah sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak perempuan dan kaunselor yang tinggal di perkhemahan musim panas remaja di sungai apabila bencana melanda.
Peramal telah memberi amaran tentang banjir yang lebih banyak ketika hujan turun di tanah tepu, menyukarkan usaha pemulihan.