logo
Fokus Hari Ini | 25 Julai
03:35
03:35
Dunia
Fokus Hari Ini | 25 Julai
Pemimpin dunia sambut baik langkah Perancis mengiktiraf Palestin. Angka kematian wartawan di Gaza melonjak kepada 232 orang.
25 Julai 2025

Pemimpin dunia sambut baik langkah Perancis iktiraf Palestin

Pemimpin dunia menyambut baik pengumuman Presiden Perancis Emmanuel Macron bahawa Perancis akan mengiktiraf sebuah Negara Palestin secara rasmi pada September.

Ramai pihak melihat tindakan ini sebagai satu langkah penting ke arah keamanan di Timur Tengah.

Beberapa pemimpin dunia berkata pengiktirafan itu penting untuk melindungi proses damai yang sedang dilemahkan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Rubio kritik rancangan Macron untuk mengiktiraf Palestin

Setiausaha Negara AS Marco Rubio mengecam pengumuman Macron untuk mengiktiraf sebuah Negara Palestin.

Rubio berkata AS menentang cadangan Macron untuk mengiktiraf Palestin di Perhimpunan Agung PBB.

Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai tindakan melulu, serta mengatakan ia hanya akan membuat Hamas menjadi lebih berani dan merencatkan proses perdamaian.

Pertempuran sempadan meletus antara Kemboja dan Thailand

Sekurang-kurangnya seorang orang rakyat Kemboja terbunuh dan lima lagi cedera selepas satu pertempuran tercetus, menandakan hari kedua berturut-turut keganasan antara kedua-dua negara jiran itu.

Jurucakap wilayah Oddar Meanchey di Kemboja, Meth Meas Pheakdey, mengesahkan pertempuran berlaku di Banteay Ampil, berhampiran zon sempadan yang dipertikaikan.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1,500 keluarga Kemboja terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Thailand melaporkan setakat Jumaat, 15 warga Thailand telah terkorban dalam konflik itu.

ICC jatuh hukuman terhadap pemimpin pemberontak CAR atas jenayah terhadap kemanusiaan

Mahkamah Jenayah Antarabangsa menjatuhkan hukuman berat dalam satu keputusan penting.

Dua pemimpin pemberontak dari Republik Afrika Tengah disabitkan dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dikaitkan dengan keganasan kejam sejak sedekad lalu.

Patrice-Edouard Ngaissona dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, manakala Alfred Yekatom menerima hukuman 15 tahun.

Kedua-duanya didapati bersalah atas peranan mereka dalam kumpulan bersenjata Anti-Balaka, yang menyasarkan orang awam beragama Islam dalam serangan antara September 2013 dan Februari 2014, di dalam dan sekitar ibu negara, Bangui.

Jumlah kematian wartawan di Gaza meningkat kepada 232 orang

Jumlah wartawan yang terbunuh di Gaza terus meningkat di tengah-tengah serangan berterusan Israel.

Menurut Pejabat Media Kerajaan di Gaza, 232 wartawan telah terkorban sejak 7 Oktober 2023.

Pegawai di Gaza berkata tindakan menyasarkan petugas media adalah sebahagian daripada kempen pembunuhan beramai-ramai oleh Israel dan memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin akan meningkat lebih tinggi.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 24 Julai, Khamis
Gangguan Bekalan Tenaga
Rohingya: Krisis yang dilupakan
Kebangkitan Peperangan Tentera AI
Menjejak Bunyi
Beban Dunia: Krisis Obesiti
Kenapa Ada Pasport Yang Lebih Kuat Dari Yang Lain?
Bahaya satelit Starlink
Adakah Nama Boleh Mempengaruhi Takdir Anda?
Melihat Masa Depan
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us