Dewan Rakyat yang mempunyai 492 ahli itu mengadakan sidang khas malam tadi selepas Perdana Menteri pemangku, Phumtham Wechayachai, gagal dalam usahanya untuk membubarkan parlimen, lapor Thai PBS.
Sepanjang sidang ini, calon-calon untuk jawatan perdana menteri akan dicalonkan daripada senarai calon rasmi parti yang telah diserahkan sebelum pilihan raya umum 2023. Setiap calon perlu disokong oleh sekurang-kurangnya 50 ahli parlimen.
Undian akan dijalankan secara terbuka, di mana setiap ahli parlimen akan dipanggil seorang demi seorang mengikut susunan abjad untuk mengisytiharkan pilihan mereka samada menyokong, tidak menyokong atau berkecuali.
Untuk menang, seorang calon perlu meraih undian majoriti mudah, iaitu sekurang-kurangnya 247 undian.
Sebaik sahaja Dewan memilih seorang calon, Speaker Wan Muhamad Noor Matha akan mengemukakan nama tersebut kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan perlantikan.
Sidang pada Jumaat ini dijangka menampilkan dua calon, iaitu Ketua Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul dan calon Pheu Thai, Chaikasem Nitisiri.
Dengan sokongan 143 ahli parlimen Parti Rakyat dan gabungannya sendiri seramai 146 ahli, Anutin diunjurkan akan menjadi Perdana Menteri Thailand yang ke-32.
Manakala Chaikasem pula dijangka mendapat sokongan 196 ahli parlimen daripada Pheu Thai dan sekutunya.