ASIA
1 min membaca
Polis terus buru Jho Low, tiada bukti dia di Shanghai
Bukit Aman berkata sehingga kini, tiada bukti sahih yang mengaitkan Low dengan penggunaan pasport palsu atau kehadirannya di Shanghai.
Polis terus buru Jho Low, tiada bukti dia di Shanghai
Jho Low masih diburu pihak berkuasa antarabangsa. J. Countess/Getty Images
12 jam yang lepas

Malaysia meneruskan usaha bersama agensi penguatkuasaan antarabangsa untuk mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low, bagi dibawa pulang untuk menghadapi pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan pada Isnin, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman memaklumkan usaha itu dilaksanakan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang komited bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa antarabangsa.

“Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada bukti kukuh yang menunjukkan Low berada di China. Oleh itu, Malaysia terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa bagi mengesannya,” kata kenyataan itu seperti dipetik Bernama.

JSJK turut menegaskan sehingga kini, tiada bukti sahih yang mengaitkan Low dengan penggunaan pasport palsu atau kehadirannya di Shanghai.

Terdahulu, muncul dakwaan bahawa Low kini menetap di kawasan eksklusif di Shanghai dengan menggunakan pasport Australia yang palsu.

Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us