ASIA
1 min membaca
Malaysia kecam serangan udara Israel di Qatar
Wisma Putra menegaskan tindakan Israel itu jelas melanggar kedaulatan Qatar dan undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Malaysia kecam serangan udara Israel di Qatar
Malaysia turut menyeru masyarakat antarabangsa serta Majlis Keselamatan PBB untuk mengutuk tindakan ganas Israel. / REUTERS
16 jam yang lepas

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara oleh rejim Zionis Israel yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Doha, Qatar semalam.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Wisma Putra menegaskan tindakan itu jelas melanggar kedaulatan Qatar dan undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Pelanggaran seumpama ini membawa ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa. Tindakan haram rejim Zionis Israel hanya akan memburukkan lagi ketegangan serantau serta membahayakan kestabilan dan keselamatan bukan sahaja Qatar, malah seluruh rantau tersebut,” kata kenyataan itu.

Malaysia turut menyeru masyarakat antarabangsa serta Majlis Keselamatan PBB untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel dan memastikan rejim tersebut dipertanggungjawabkan.

“Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti dengan Kerajaan serta rakyat Qatar, selain menegaskan semula sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kedaulatan, keselamatan dan kestabilan negara itu,” ujar Wisma Putra.

SUMBER:TRT Global
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us