Iklim
3 min membaca
Dalam gambar: Busa pekat toksik meliputi sungai suci di kota India
Berjuta penduduk bersiap-sedia menghadapi pencemaran yang makin teruk semasa musim festival, Diwali dan Chhath Puja.
Dalam gambar: Busa pekat toksik meliputi sungai suci di kota India
Pekerja-pekerja Delhi Jal atau lembaga air memasang tirai kain untuk menghalang saluran busa toksik yang terapung di sungai Yamuna di New Delhi, India, Selasa, 29 Okt., 2024. / Gambar: AP
4 Mac 2025

Salah satu sungai suci India, Sungai Yamuna di New Delhi, diseliputi oleh busa putih toksik, dengan kebanyakkannya berbusa disebabkan bahan-bahan pencemar yang dibuang dari kilang-kilang dikeliling bandar tersebut. Pencemaran ini memberi risiko kesihatan yang serius kepada penduduk kerana Sungai Yamuna merupakan sumber air kepada lebih dari setengah daripada bandar tersebut.

New Delhi juga adalah salah satu tempat yang mempunyai pencemaran air tertinggi di dunia dan musim festival pada masa ini memburukkan lagi keadaan.

Pada hari Selasa, indeks kualiti udara merudum kepada tahap yang sangat teruk dengan bacaan 273, 18 kali lebih dari garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bahan zarahan PM 2.5 ini boleh masuk ke dalam paru-paru dan mengakibatkan penyakit.

Namun, penganut Hindu masih belum berputus asa dengan upacara keagamaan di Sungai Yamuna. Pada pagi Selasa, kelihatan satu pasangan muda di antara kumpulan yang mengunjungi sungai tersebut untuk berendam dan kemudian pergi meninggalkan tempat tersebut.

Jasraj, seorang persara kerani kerajaan berusia 70 tahun berkata dia telah mengunjungi sungai tersebut untuk upacara mandi sejak tahun 1980.

“Saya memuja sungai ini seakan ia seorang ibu, dan tiada timbul persoalan sama ada ia bersih atau kotor. Memang ia kotor tapi hanya di permukaan sahaja; di bawah permukaan air ia bersih,” kata Jasraj yang menggunakan satu nama.

Imran Khan, seorang penuntut, berkata pencemaran udara New Delhi menghalang pernafasan yang sempurna.

“Ada yang datang ke sini untuk berlari dan bersukan, dan mereka juga menghadapi masalah. Alam sekitar kami patut lebih bersih,” dia berkata.

Sishupal Kumar, pekerja kontrak, berkata bahawa pengunjung sungai tersebut datang dari jauh untuk melaksanakan upacara keagamaan.

“Sungai ini sudah menjadi kotor sepenuhnya. Ia penuh dengan bahan kimia. Ia kelihatan seakan salji telah turun seperti yang boleh dilihat di atas gunung,” kata Kumar.

Sungai Yamuna yang berukuran 1,376-kilometer adalah salah satu sungai suci untuk penganut Hindu. Ia juga salah satu sungai yang mempunyai pencemaran tertinggi di dunia. Saluran air yang memburukkan kesihatan merisaukan pihak orang ramai, lebih-lebih lagi dengan pencemaran yang diagak akan makin teruk apabila upacara Chhath Puja yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sungai tersebut makin kotor disebabkan oleh saluran kumbahan, pestisid ladang dan efluen kilang yang masuk ke dalam sistem pengairan walaupun terdapat undang-undang pencemaran dan pihak berkuasa telah menubuhkan loji-loji rawatan kumbahan.

Kerajaan New Delhi memberi kenyataan bahawa pihak berkuasa menggunakan anti-busa untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak berkuasa telah mengerahkan motobot-motobot untuk memecahkan busa toksik itu serta membina penghalang dari bambu untuk mengelak orang ramai dari mengunjungi tebing sungai.

Pihak berkuasa risau bahawa beribu-ribu penganut Hindu akan berada di dalam Sungai Yamuna yang berbusa dan toksik pada bulan hadapan, dan ada juga yang akan merendam diri mereka dalam sungai itu sebagai upacara Chhath Puja.

Musim sejuk adalah musim di mana tahap kesihatan berada pada paras yang teruk pada bandar tersebut yang didiami oleh lebih dari 20 juta penduduk. Pada musim sejuk, bandar tersebut akan diselubungi oleh jerebu toksik yang menutupi langit. Paras pencemaran naik dengan teruk apabila berjuta penganut Hindu meraikan “Diwali”, satu perayaan yang melibatkan pengunaan bahan mercun dan bunga api pada skala yang tinggi. Perayaan Diwali akan diraikan pada hari Khamis.

Petani-petani di kawasan perladangan berhampiran membakar kawasan mereka selesai musim menuai sebagai persiapan untuk musim menanam yang akan datang.

Mahkamah Tinggi India pada awal bulan ini menghentam wilayah-wilayah utara India kerana tidak mengambil langkah-langkah tegas terhadap petani yang membakar puing tanaman yang telah memburukkan pencemaran udara di kawasan tersebut.

Setiap tahun, pihak berkuasa menutup kawasan-kawasan pembinaan, melarang kenderaan diesel, dan menggunakan perenjis air serta senapang anti-asbut untuk mengawal jerebu dan asbut yang menyelubungi latar langit kawasan bandar.


Intai TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us