PERANG GAZA
3 min membaca
Menteri Pertahanan Israel mahu kenakan '10 Bala Mesir' terhadap Houthi. Apa maksudnya?
Israel Katz memberi amaran akan ada balasan yang penuh dan kejam terhadap Houthi Yaman.
Menteri Pertahanan Israel mahu kenakan '10 Bala Mesir' terhadap Houthi. Apa maksudnya?
Foto hasiljana AI ini memaparkan senario peperangan moden yang merujuk kepada 10 Bala Mesir daripada alkitab. / TRT World
8 jam yang lepas

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengancam untuk menimpakan "10 Bala Mesir" terhadap pemberontak Houthi di Yaman. Ancaman ini disampaikan melalui X pada hari Khamis yang berbunyi, "Kumpulan Houthi sekali lagi melancarkan peluru berpandu ke atas Israel. Bala kegelapan, bala kematian anak sulung – kami akan lengkapkan kesemua sepuluh bala."

Katz merujuk kepada sepuluh malapetaka dalam Kitab Exodus yang diturunkan oleh Tuhan ke atas Mesir untuk memaksa Firaun membebaskan bangsa Israel dari perhambaan. 

Tetapi apa maksud Katz dengan merujuk kepada kisah alkitab?

Beliau menyeru satu rangkaian hukuman ketuhanan: kegelapan, hujan batu, belalang juta, kematian anak sulung — sebuah katalog keganasan, satu ultimatum yang disampaikan dalam bahasa biblikal. Beliau mahukan kemusnahan sepenuhnya tanpa berkompromi.

Perkara ini penting kerana Israel sudahpun berhadapan dengan tuduhan serius membunuh puluhan ribu orang awam dan mengabaikan pelbagai konvensyen antarabangsa mengenai perang. Pakar dan sarjana mengatakan kempen ketenteraannya di Gaza memenuhi pentakrifan undang-undang bagi jenayah genosid.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah pun membuktikan bahawa sekatan makanan Israel telah mengakibatkan krisis kebuluran di Gaza, di mana beratus-ratus orang telah terbunuh akibat kelaparan paksaan.

Persatuan Antarabangsa Sarjana Genosid, badan terkemuka dunia dalam pakar genosid, telah meluluskan satu resolusi pada minggu ini yang mengisytiharkan bahawa dasar dan tindakan Israel di Gaza memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Perkara II Konvensyen Genosid PBB 1948. Lapan puluh enam peratus ahli yang mengundi menyokong resolusi tersebut.

Resolusi itu mencerminkan konsensus ilmiah yang semakin meningkat.

Para akademik dari ahli sejarah Holocaust kepada pakar genosid, telah memberi amaran bahawa serangan secara sistematik terhadap orang awam, infrastruktur, penafian keperluan asas, dan pemindahan paksa yang dilakukan oleh Israel adalah selaras dengan amalan genosid.

Amos Goldberg, ahli sejarah Holocaust, berkata: “Apa yang berlaku di Gaza adalah genosid kerana Gaza sudah tidak wujud lagi.” Raz Segal, pakar genosid, memanggil sekatan yang dilaksanakan oleh Israel sebagai “kes genosid dari buku teks”, menuding jari kepada kebuluran dan kemusnahan satu masyarakat dengan sengaja.

Kini, Katz mengulangi kemarahan alkitab dan dendam ketuhanan. Perkaitan ini adalah penting.

Untuk menambah lagi satu lapisan: pada awal perang Gaza, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah merujuk kepada figura Amalek dari alkitab — seorang musuh eksistensial arketip yang diperintahkan untuk dimusnahkan sepenuhnya oleh orang Israel.

Pada permulaan serangan darat, beliau memberitahu askar: "Kamu mesti ingat apa yang Amalek lakukan kepada kamu, demikian kata Kitab Suci kita", kemudian mengesahkan, "kami memang ingat".

Pasukan undang-undang Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menandakan rujukan itu dalam kes genosid mereka terhadap Israel, memberi amaran bahawa retorik sedemikian menggema arahan untuk memusnahkan orang Amalek secara menyeluruh — dan mungkin menandakan niat genosid.

Retorik bala, permohonan kepada Amalek – kedua-duanya menyampaikan satu mesej: Israel memprojeksikan sikap hukuman total yang tidak boleh balik.

Di Gaza, para sarjana mengatakan sikap itu telah menghasilkan kesan yang tidak dapat dibezakan dengan genosid. Kini, dengan Houthi di Yaman, sikap itu timbul semula.


SUMBER:TRT World
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us