ASIA
2 min membaca
Anwar Ibrahim bertemu dengan Kim Jong Un di Beijing
Pertemuan secara kebetulan itu mencetuskan komen dan minat dari rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim bertemu dengan Kim Jong Un di Beijing
Anwar Ibrahim bertemu dengan Kim Jong Un. Foto: Facebook Anwar Ibrahim. / User Upload
4 September 2025

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Kim Jong Un, pemimpin Korea Utara, semasa ketika acara perarakan Hari Kemenangan China sempena memperingati ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, China.

Anwar dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di dataran pada pukul 8.30 pagi dan disambut oleh Presiden Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan

Melalui catatan di akaun Facebook beliau, Anwar berkata beliau berpeluang bersalaman dan menyapa Kim Jong Un. Menurut beliau, pertemuan itu adalah secara kebetulan dan beliau "Sempat bersalaman dan bertegur sapa," katanya.

Disamping Perdana Menteri Malaysia, 26 pemimpin asing telah menghadiri perbarisan tentera berskala besar, termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Raja Kemboja Norodom Sihamoni, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, dan Pemangku Presiden Myanmar Min Aung Hlaing, seperti dilaporkan Kementerian Luar Negeri China.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin Malaysia dan Korea Utara mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, kebanyakannya meninggalkan komen memuji hubungan rapat Perdana Menteri Malaysia dengan pemimpin dunia.

“Saya berasa sangat kagum dengan keupayaan Perdana Menteri Malaysia. Teruskan membawa nama Malaysia ke mata dunia.“ puji pengguna Facebook bernama Aziz Din.

“Lain mcm PMX. Tak pernah dlm sejarah pemimpin Korea Utara jumpa pemimpin malaysia. Hebat PMX,” menurut Mohd Ridwan.

Sambutan tahun ini ditonton lebih daripada 50,000 orang yang berkumpul untuk menyaksikan demonstrasi kuasa ketenteraan China, Antara aset tentera yang menunjukkan kehebatan China adalah peluru berpandu anti-kapal, dron bawah laut, laser pertahanan udara dan anjing robot.

Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us