PERANG GAZA
1 min membaca
Anwar Ibrahim mahu dunia Islam bersatu menentang kekejaman dan kegilaan Israel
Perdana Menteri Malaysia menyeru perpaduan dalam dunia Islam sambil memastikan keamanan dan kestabilan di negara masing-masing.
Anwar Ibrahim mahu dunia Islam bersatu menentang kekejaman dan kegilaan Israel
Genosid yang dilakukan oleh Israel masih lagi berterusan dicampur dengan sekatan kemanusiaan, kelaparan, dan pemindahan secara paksa. / AA
16 jam yang lepas

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyeru perpaduan di kalangan negara-negara Islam berkenaan kekejaman dan kegilaan Israel.

Dalam keadaan dunia dalam kacau-bilau, beliau memetik satu negara yang “begitu angkuh dan gila menimbulkan kekacauan, bencana, dan kekejaman di seluruh rantau ini. Sudah tentu yang paling terjejas teruk adalah Gaza.”

Tambahan beliau warga dunia seolah-olah tidak berdaya untuk menangani kekejaman dan huru-hara yang berlaku. “Kita perlu mengambil pendirian yang teguh dan berprinsip menentang penjajahan Zionis Israel serta sikap angkuh mereka yang mencabar undang-undang dan ketertiban antarabangsa.”

Demi memastikan keamanan dan kestabilan di negara sendiri Anwar menekankan fokus kepada urus tadbir yang teratur, peningkatan etika, serta usaha terhadap membanteras rasuah yang berleluasa, ketidakadilan, dan ketidaksamaan yang ketara.

Beliau menyampaikan ucapan tersebut sewaktu majlis Anugerah Kewangan Islam Global 2025 (GIFA) yang berlangsung pada hari Khamis dimana beliau telah dikurniakan dengna Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025 sempena peranan dalam memajukan kewangna Islam. Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi GIFA Profesor Humayon Dar.


SUMBER:TRT World and Agencies
Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us