ASIA
2 min membaca
Delegasi ASEAN akan pastikan pilihan raya inklusif di Myanmar
Delegasi ASEAN ke Myanmar bertujuan untuk memastikan pilihan raya diadakan tengan telus dan merangkumi semua pihak.
Delegasi ASEAN akan pastikan pilihan raya inklusif di Myanmar
Satu delegasi ASEAN peringkat tinggi yang diketuai Menteri Luar Malaysia, Mohamad Hasan, akan ke Myanmar pada 19 September. / AP
15 Ogos 2025

Satu delegasi ASEAN peringkat tinggi yang diketuai Menteri Luar Malaysia, Mohamad Hasan, akan ke Myanmar pada 19 September untuk membincangkan rancangan pilihan raya yang dicadangkan oleh kerajaan tentera dan menilai sama ada ia mampu membawa keamanan berkekalan, menurut laporan Bernama

Delegasi yang akan dianggotai oleh diplomat kanan dari Indonesia, Filipina dan Thailand bertujuan memastikan pilihan raya, yang dijangka diadakan hujung tahun ini  akan dilaksanakan dengan telus dan merangkumi semua pihak.

Para menteri akan berunding dengan pemangku presiden Myanmar untuk menekankan kepatuhan terhadap Konsensus Lima Titik ASEAN, iaitu pelan damai yang menuntut penghentian segera keganasan, dialog bermakna dengan kumpulan pembangkang serta akses bantuan tanpa halangan. 

Hasil daripada lawatan ini akan dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN Oktonber di Kuala Lumpur, di mana para pemimpin akan menentukan langkah seterusnya dalam pendekatan blok itu terhadap Myanmar.  

Mohamad menegaskan bahawa kestabilan perlu dipulihkan terlebih dahulu sebelum krisis pelarian Rohingya dapat diselesaikan. Lebih sejuta Rohingya masih berada di Bangladesh, manakala Malaysia menempatkan kira-kira 150,000 orang - walaupun beliau mengulangi bahawa kediaman mereka hanyalah sementara.  

Persoalan masih timbul mengenai kelayakan pilihan raya di seluruh negara, memandangkan 63 bandar kekal di bawah perintah darurat. Meskipun junta baru-baru ini mendakwa telah memansuhkan langkah-langkah darurat, keraguan tetap wujud memandangkan pertempuran dan penindasan masih berterusan. 

Perbincangan ini akan menguji sama ada ASEAN mampu membimbing Myanmar ke arah penyelesaian politik - atau sekadar menjadi pentas bagi jeneral tentera untuk melegitimasi kuasa mereka melalui pilihan raya.

Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us