PERANG GAZA
1 min membaca
Israel bunuh Pele Palestin
Suleiman Obeid dikenali sebagai Pele Palestin dan pernah bermain untuk Kelab Al-AMari di Tebing Barat yang diduduki.
Israel bunuh Pele Palestin
Israel bunuh Pele Palestin / User Upload
7 Ogos 2025

Bekas pemain bola sepak Palestin Suleiman Obeid yang dikenali sebagai "Pele Palestin," dibunuh pada Rabu, 6 Ogos, oleh askar Zionis Israel di Bandar Gaza ketika menantikan bantuan kemanusiaan, menurut sumber medikal. 

Bekas kapten untuk skuad kebangsaan yang berusia 41 tahun itu adalah di antara ratusan lagi atlet dan belia Palestin yang menjadi mangsa sejak genosid di Gaza sejak 22 bulan lalu.

Obeid memulakan kariernya di Shabab Al-Shati dan pernah bermain untuk Kelab Al-Amari di Tebing Barat yang diduduki. 

Beliau pernah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Yaman pada 2010 dan pernah menjadi wakil Palestin sebagai kapten pasukan dalam pertandingan kelayakan peringkat rantau dan Piala Dunia.


Jenguk TRT Global. Kongsikan maklum balas anda!
Contact us