Rakyat Malaysia yang menetap atau tengah bercuti di Indonesia sedang mengambil langkah berjaga-jaga ekoran protes besar-besaran di Jakarta dan bandar utama lain, lapor media tempatan. Bantahan awam yang tercetus daripada isu elaun perumahan anggota parlimen Indonesia itu telah merebak dan mengakibatkan keadaan tidak stabil.
Beberapa langkah keselamatan telah diambil oleh warga Malaysia seperti mengelak dari memasuki kawasan-kawasan protes dan mendapatkan perkembangan terkini dari media sosial dan orang awam. Para penunjuk perasaan dilaporkan memasuki lobi untuk mencari rumah ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Di Bandung, walaupun warga Malaysia merasakan keadaan selamat, mereka disarankan untuk tidak menjamu selera di restoran atas faktor keselamatan. Perancangan oleh sesetengah keluarga di Malaysia untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos turut dibatalkan. Ada kemungkinan besar mereka akan pulang ke Malaysia sekiranya situasi akan bertambah buruk.
Tunjuk perasaan tercetus di Indonesia atas dasar elaun perumahan sebanyak $3,000 untuk ahli DPR di samping gaji tetap – satu faedah yang diperkenalkan tahun lepas pada masa majoriti rakyat Indonesia sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup, cukai, dan kadar pengangguran yang tinggi.
Keadaan bertukar genting selepas kematian pemandu e-hailing Affan Kurniawan yang berusia 21 tahun ketika pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di Jakarta.
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada, memantau perkembangan semasa, dan mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta jika berada di Indonesia.