Netanyahu: '50 bangunan tinggi Gaza roboh, lebih banyak selepas ini'
Netanyahu dengan bangga mengumumkan bahawa tentera udara Israel telah memusnahkan 50 bangunan tinggi di Gaza hanya dalam masa dua hari, sambil memberi amaran bahawa itu hanyalah "permulaan" kepada serangan yang lebih besar selepas ini.
Beliau menggesa penduduk untuk lari keluar dari Gaza, manakala Hamas mengutuk komen itu sebagai bersiifat "sadis."
Pihak berkuasa Gaza berkata lebih 64,500 rakyat Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak Oktober 2023.
Pemimpin BRICS kecam "ugutan tarif" AS
Pada sidang kemuncak tergempar BRICS, Brazil, China dan India mengecam 50 peratus tarif import yang dikenakan oleh Donald Trump.
Presiden Lula dari Brazil menyifatkannya sebagai "ugutan tarif," dan berkata Washington menggunakan perdagangan sebagai alat politik.
Eksport Brazil ke AS kini merosot, dan Trump mendakwa beliau menghukum Lula dengan tarif itu disebabkan tindakannya terhadap bekas presiden Bolsonaro.
Mahkamah Thai arah Thaksin kembali ke penjara
Mahkamah Agung Thailand memutuskan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra telah menjalani hukumannya dengan cara salah dengan berada di dalam suite hospital.
Hakim berkata, waktu yang diluangkannya di situ tidak dikira memenuhi waktu hukuman penjaranya, dan memerintahkan Thaksin kembali ke penjara selama satu tahun.
Thaksin, 76, disabitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa, namun kerap mengelak daripada duduk dalam sel penjara sejak pulang ke Thailand.
Maduro hantar 25,000 anggota tentera ke sempadan
Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengumpulkan 25,000 askar di sepanjang sempadan Colombia dan pantai Caribbean, sementara kapal perang AS semakin hampir.
Beliau berkata kerahan tentera itu adalah bagi mempertahankan kedaulatan negara dan menyelamatkan kilang penapisan minyak utamanya.
Tindakan itu menyerlahkan lagi ketegangan yang semakin meningkat antara Washington dan Caracas, sekali gus mencetus kebimbangan konfrontasi dalam masa terdekat.
TEKNOFEST kembali di Istanbul dengan buzz global
Festival teknologi terbesar Turkiye, Teknofest, kembali di Istanbul dari 17 hingga 21 September di Lapangan Terbang Ataturk.
Acara lima hari itu akan menyaksikan pameran aeroangkasa, robotik, AI, dan teknologi hijau, dengan hadiah dan dana sebanyak $3.6 juta.
Selain pertandingan, pelawat juga akan dihiburkan dengan pertunjukan udara, pameran dan bengkel praktikal.